Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JAWI SEDANG SIASAT AKSI TARIAN SEPARUH BOGEL DI BUKIT BINTANG

DALAM NEGARA

JAWI SEDANG SIASAT AKSI TARIAN SEPARUH BOGEL DI BUKIT BINTANG

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar telah mengarahkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk menyiasat kejadian sekumpulan wanita menari separuh bogel.

Aksi tersebut dipercayai berlaku di Bukit Bintang, Kuala Lumpur dan video kejadian tular di media sosial.

“Siasatan sedang dijalankan. Sekiranya hasil siasatan tersebut mendapati ada orang Islam yang terlibat dalam aksi itu tindakan akan diambil berdasarkan Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan) atau Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan),” katanya kepada Berita AlHijrah.

Tambahnya semua pihak perlu menghormati adab dan budaya di negara ini dan tidak keterlaluan dalam melakukan sesuatu perkara terutama yang bercanggah dengan Islam.

Kata Mohd Na’im sekiranya hasil siasatan JAWI mendapati ia dilakukan oleh orang bukan Islam, kes akan dipanjang kepada pihak berkuasa lain seperti polis.

Sejak semalam tular video aksi tarian itu dan warga net tidak bersetuju dengan acara tersebut. — AlHijrah Online

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading