Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PERAK TANGGUH SEMENTARA AKTIVITI MENGAJAR, CERAMAH DI SURAU DAN MASJID

DALAM NEGARA

PERAK TANGGUH SEMENTARA AKTIVITI MENGAJAR, CERAMAH DI SURAU DAN MASJID

Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) menangguhkan sementara aktiviti mengajar serta ceramah di surau dan masjid di Perak.

PERAK: Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) menangguhkan sementara aktiviti mengajar serta ceramah di surau dan masjid di Perak.

Larangan ini berkuat kuasa serta merta kepada semua penceramah agama termasuk dari dalam dan luar negara bermula 23 Ogos 2023.

Pengarah JAIPK, Harith Fadzilah Abdul Halim berkata, penangguhan itu susulan proses penambahbaikan garis panduan permohonan penceramah dan pengajar di masjid dan surau.

Menurut Harith Fadzilah, Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam Negeri Perak ketika ini sedang membuat penambaikan terhadap garis panduan permohonan penceramah dan pengajar sebagai usaha penyusunan semula konsep dakwah agar selari dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah aliran Asyairah dan Maturidiah.

“Sehingga garis panduan muktamad dikuatkuasakan, beberapa ketetapan telah diputuskan dengan menangguhkan jemputan mana-mana penceramah dari luar negara dan luar negeri Perak sama ada bertauliah atau tanpa tauliah,” katanya pada Rabu.

Jelas beliau, ketetapan itu bagaimanapun dikecualikan ke atas individu sebagaimana Peraturan 23 (1) (A) hingga (E), (2) dan (3) Peraturan-Peraturan Pengawasan Pengajaran dan Syarahan Agama 2013

Berdasarkan peraturan 23 (1) (A) hingga (E), individu terbabit adalah anggota Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk); Mufti mana-mana negeri di Malaysia, pegawai agama, guru agama yang dilantik kerajaan negeri atau persekutuan yang mengajar atau memberi syarahan kepada pelajar sekolah atau institusi di mana dia ditugaskan, dan mana-mana orang yang pada pendapat MAIPK mempunyai kelayakan dan pengalaman yang bersesuaian. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Continue Reading
You may also like...
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading