Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BURUH DIDAKWA BUNUH PEMANDU TEKSI

DALAM NEGARA

BURUH DIDAKWA BUNUH PEMANDU TEKSI

Seorang buruh didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pemandu teksi, di tepi jalan di hadapan Klinik Kesihatan Seberang Takir di Kuala Nerus, 10 Ogos lepas.

KUALA TERENGGANU: Seorang buruh didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pemandu teksi, di tepi jalan di hadapan Klinik Kesihatan Seberang Takir di Kuala Nerus, 10 Ogos lepas.

Muhammad Hanif Mohd Rosli, 29, mengangguk faham apabila pertuduhan dibacakan kepadanya bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Dia didakwa membunuh Mohd Latif Idris, 51, di tepi jalan di hadapan Klinik Kesihatan Seberang Takir di Jalan Pantai Teluk Ketapang di Kuala Nerus pada 10 Ogos, kira-kira pukul 10.09 malam hingga 10.56 malam.

Majistret Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Sukri menetapkan 27 Sept untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Khairuddin Idris manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Shahir Mat Jusoh. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Continue Reading
You may also like...
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading