KONSERT DUA HARI SELEPAS MAULIDUR RASUL, PULAU PINANG ARAH IA DIBATALKAN
GEORGER TOWN: Kerajaan Pulau Pinang meminta Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) membatalkan kelulusan konsert Viral Lagu-Lagu Tik Tok yang dijadual berlangsung pada 30 Sept di Dewan Milenium, Kepala Batas dekat sini.
Timbalan Ketua Menteri I Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid – Bernama
GEORGER TOWN: Kerajaan Pulau Pinang meminta Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) membatalkan kelulusan konsert Viral Lagu-Lagu Tik Tok yang dijadual berlangsung pada 30 Sept di Dewan Milenium, Kepala Batas dekat sini.
Timbalan Ketua Menteri I Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid berkata konsert itu telah mendapat bantahan penduduk setempat kerana dikatakan tidak mengambil kira sensitiviti umat Islam, lebih-lebih lagi ia diadakan dua hari selepas umat Islam meraikan sambutan Maulidur Rasul.
“Kerajaan negeri mengambil maklum mengenai konsert itu dan selaku Exco Pembangunan Agama Islam, Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Perpaduan Masyarakat, saya telah meminta pihak MBSP untuk membatalkan kelulusan konsert berkenaan, bagaimanapun pihak penganjur memohon memindahkan lokasi konsert ke Batu Kawan dengan syarat-syarat tambahan.
“Warga setempat (Kepala Batas) telah mengemukakan bantahan rasmi mereka kepada Datuk Bandar MBSP baru-baru ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sejak Selasa, tular poster penganjuran Konsert Viral Lagu-Lagu TikTok Malaysia Indonesia 2023 yang menampilkan artis antaranya Baby Shima dan beberapa artis Indonesia.
Bagaimanapun, di dalam poster itu tidak dinyatakan mengenai kadar caj tiket selain tiada maklumat lengkap pihak penganjur yang mengendalikan acara terbabit.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dalam hantaran di Facebooknya turut menyatakan bantahan mengenai penganjuran konsert berkenaan.
Katanya setelah mendapat maklumat terperinci beliau telah mengarahkan #TeamBertamKita mengemukakan bantahan rasmi kepada Datuk Bandar MBSP Datuk Azhar Arshad.
“Penganjuran konsert hiburan sebegini, pertamanya tidak sesuai diadakan dalam persekitaran Kepala Batas dan keduanya ia diadakan dua hari selepas umat Islam meraikan sambutan Maulidur Rasul,” katanya. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager