Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI BUAT PANGGILAN PALSU BOM DI AEON KLEBANG DITAHAN POLIS

DALAM NEGARA

LELAKI BUAT PANGGILAN PALSU BOM DI AEON KLEBANG DITAHAN POLIS

IPOH: Polis menahan seorang lelaki berusia 38 tahun dipercayai bertanggungjawab terhadap panggilan palsu ancaman bom di pusat beli-belah Aeon Mall Klebang, Chemor petang semalam. 

Foto anggota Polis mengawal keadaan di luar bangunan pusat beli belah di AEON Klebang hari ini. Pusat beli-belah tersebut dikosongkan kira-kira jam 5.30 petang tadi dipercayai susulan panggilan ancaman bom. – Bernama

IPOH: Polis menahan seorang lelaki berusia 38 tahun dipercayai bertanggungjawab terhadap panggilan palsu ancaman bom di pusat beli-belah Aeon Mall Klebang, Chemor petang semalam. 

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata lelaki warga tempatan tersebut ditahan pada 9.30 malam tadi di kawasan Tasek, dekat sini. 

“Suspek dipercayai bertanggungjawab berdasarkan pengakuan dikumpul dan peranti komunikasi yang digunakan untuk membuat panggilan palsu. Suspek akan direman hari ini untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan pagi ini. 

Yahaya berkata kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun keseksaan dan dengan tertangkapnya suspek kes dianggap selesai. 

“Pemeriksaan di seluruh premis tidak menemukan sebarang objek meragukan. Kawasan bangunan disahkan selamat dan semua kakitangan dibenarkan masuk semula pukul 10.30 malam tadi,” katanya. 

Semalam, bangunan itu terpaksa dikosongkan dan dihenti operasi selepas pekerja premis menerima panggilan ancaman bom kira-kira 5.30 petang. 

Susulan itu, Unit Pemusnah Bom Polis Diraja Malaysia dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak dibantu pasukan bomba melakukan pemeriksaan menyeluruh di bangunan tersebut. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading