Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

NAHAS LEBUHRAYA KLK: PEMANDU LORI ADA EMPAT SAMAN LAMPAU, DIREMAN EMPAT HARI

DALAM NEGARA

NAHAS LEBUHRAYA KLK: PEMANDU LORI ADA EMPAT SAMAN LAMPAU, DIREMAN EMPAT HARI

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata, semakan terhadap suspek berusia 51 tahun itu mendapati dia mempunyai empat rekod saman lampau berkaitan kesalahan jalan raya.

BENTONG: Pemandu lori yang dipercayai mengakibatkan tiga maut dalam nahas di Kilometer (KM) 50.8 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, di sini semalam, direman selama empat hari bermula hari ini sehingga Khamis.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata, semakan terhadap suspek berusia 51 tahun itu mendapati dia mempunyai empat rekod saman lampau berkaitan kesalahan jalan raya.

“Ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atasnya mendapati lelaki itu tidak terbabit dalam penyalahgunaan dadah.

“Bedah siasat terhadap tiga mayat mangsa di Hospital Bentong mendapati punca kematian kesemua mangsa akibat kecederaan parah di kepala,” katanya seperti dilapor media tempatan, hari ini.

Semalam, pihak bomba dilaporkan menerima panggilan berhubung nahas lima kenderaan iaitu sebuah lori lima tan, kereta jenis Honda Accord, Proton Waja dan Proton Saga serta sebuah kenderaan jenis Subaru, kira-kira jam 4.55 petang.

Zaiham berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika sebuah lori tiga tan dari arah Kuantan menghala ke Kuala Lumpur terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan dan masuk ke laluan bertentangan serta merempuh empat kenderaan lain.

“Mangsa yang maut terdiri pemandu Honda Accord iaitu seorang lelaki Wong Kean Yeap, 29, dan dua penumpang yang juga kakaknya Wong Hwee Moon, 34, serta ibu mereka Lee Lai Cheng, 61.

“Tiga lagi penumpang kereta berkenaan lelaki warga tempatan berusia 33 tahun, dua kanak-kanak masing-masing seorang lelaki dan perempuan berusia lima serta tiga tahun cedera dalam kejadian itu dan dibawa ke Hospital Bentong untuk pemeriksaan,” katanya.

Turut tercedera ialah kelindan lori berusia 29 tahun manakala pemandu serta penumpang kenderaan lain terselamat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading