Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

NAHAS SEGAMAT: REMAJA 15 TAHUN MASIH DIRAWAT DI ICU

DALAM NEGARA

NAHAS SEGAMAT: REMAJA 15 TAHUN MASIH DIRAWAT DI ICU

Remaja lelaki yang terlibat dalam kemalangan jalan raya yang mengorbankan enam ahli keluarganya di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan, semalam, masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Segamat, di sini.

SEGAMAT: Remaja lelaki yang terlibat dalam kemalangan jalan raya yang mengorbankan enam ahli keluarganya di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan, semalam, masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Segamat, di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor Ling Tian Soon turut menafikan laporan sebuah akhbar yang mangsa, Abdullah Amir Ruddin, 15, telah meninggal dunia, petang tadi.

Beliau berkata mangsa berkenaan masih berada dalam rawatan, namun dia kini ditidurkan.

“Anak remaja ini masih lagi di ICU Hospital Segamat. Mangsa mengalami kecederaan yang teruk dan ditidurkan.

“Dalam masa yang sama, saya pohon supaya tidak menyebarkan apa-apa maklumat yang belum dikenal pasti atau gambar mengenai kes atau mangsa tersebut kerana ia akan menyedihkan keluarga mangsa,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Terdahulu, kemalangan berkenaan telah mengorbankan bapa dan ibu mangsa iaitu Amir Ruddin Ismail, 46, dan Norahimah Noor Muhammad, 43.

Turut maut empat lagi adik-beradik mangsa, Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5, setelah kereta Perodua Alza yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading