Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

NOMBOR PLAT ‘GOLD 1’ MILIK YANG DI-PERTUAN AGONG

DALAM NEGARA

NOMBOR PLAT ‘GOLD 1’ MILIK YANG DI-PERTUAN AGONG

Nombor plat kenderaan keluaran khas “GOLD 1” menjadi milik Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selepas baginda membida nilai tertinggi dalam sejarah negara, iaitu RM1.5 juta.

KUALA LUMPUR: Nombor plat kenderaan keluaran khas “GOLD 1” menjadi milik Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selepas baginda membida nilai tertinggi dalam sejarah negara, iaitu RM1.5 juta.

Menurut hantaran di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim, hasil nilai bidaan berkenaan akan disalurkan kepada Kerajaan Persekutuan.

Terdahulu, Seri Paduka Baginda berkenan menerima mengadap Menteri Pengangkutan Anthony Loke hari ini di Istana Negara.

Pada pertemuan itu, Loke turut mempersembahkan secara simbolik nombor plat kenderaan berkenaan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuka bidaan bagi nombor pendaftaran istimewa (NPI) iaitu siri ‘GOLD’ sempena sambutan jubli emas Hari Wilayah Persekutuan ke-50 bermula 1 hingga 5 Feb lepas. 

Loke sebelum ini berkata bidaan bagi siri NPI bertujuan untuk menambah hasil negara, menyaksikan kesemua hasil bidaan NPI kelak akan dimasukkan ke dalam akaun disatukan dengan 50 peratus daripada hasil akan dikembalikan semula kepada Kementerian Pengangkutan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading