VISI KERAJAAN TERHADAP EKONOMI MANUSIAWI MAMPAN PERLU USAHA BERSAMA – ANWAR
KUALA LUMPUR: Kerajaan menggesa ahli akademik, institusi kewangan dan badan kawal selia untuk bekerjasama dalam merealisasikan visi masa depan dan ekonomi manusiawi yang mampan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua, kiri) melawat reruai Bank Islam sempena perasmian Persidangan Antarabangsa Ekonomi dan Kewangan Islam ke-15 di Sasana Kijang hari ini. — Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan menggesa ahli akademik, institusi kewangan dan badan kawal selia untuk bekerjasama dalam merealisasikan visi masa depan dan ekonomi manusiawi yang mampan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata kerjasama ini perlu disertai dengan komitmen ‘ummah’ dan usaha bersama untuk membantu merealisasikan visi ini demi masa depan yang lebih baik.
“Ahli akademik perlu terus menerajui bidang ilmu, menyelaraskan dimensi teori dan etika ekonomi Islam serta membangunkan pelaksanaan yang praktikal sejajar dengan prinsip teras MADANI.
“Sementara itu, institusi kewangan perlu menyepadukan prinsip ini dalam struktur teras dan proses membuat keputusan serta memastikan produk mereka baik dan boleh diakses,” kata beliau dalam ucapan pada Persidangan Antarabangsa mengenai Ekonomi dan Kewangan Islam di sini hari ini.
Anwar berkata badan kawal selia perlu mewujudkan kerangka untuk inovasi yang menggalakkan dan mengukuhkan tata laku beretika dan bukan pematuhan undang-undang semata-mata.
Pada masa yang sama, beliau berkata kerajaan berhasrat untuk menggalakkan kaedah baharu pembangunan peradaban berteraskan prinsip ekonomi MADANI.
Anwar berkata konsep MADANI yang diperkenalkan oleh kerajaan menggariskan rangka kerja ekonomi berdasarkan enam prinsip, iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.
“Berpandukan prinsip ini, kami berhasrat untuk menggalakkan kaedah baharu pembangunan peradaban. Antara yang melangkaui data dan statistik ekonomi semata-mata yang tidak bersesuaian dengan orang biasa.
“Sebaliknya, ia adalah pendekatan pembangunan baharu yang memberi manfaat kepada masyarakat pada masa ini dan masa depan,” katanya, sambil menambah ekonomi masa depan akan menyalurkan pelaburan kepada perniagaan yang mampan, memberi keutamaan kepada perlindungan alam sekitar, pengurusan sumber yang bertanggungjawab dan tenaga boleh baharu.
Beliau menekankan bahawa ekonomi masa depan akan berteraskan rakyat, yang menyumbang kepada membangunkan masyarakat penyayang yang boleh menyokong jaringan keselamatan sosial yang komprehensif, melabur dalam pembangunan komuniti serta menghapuskan kemiskinan dan ketaksamaan.
“Saya mahu anda membayangkan ekonomi masa depan apabila masyarakat yang inovatif membangunkan bukan sahaja produk dan teknologi baharu, tetapi juga idea, penyelesaian dan perspektif yang mencabar status quo dan memberi inspirasi kepada kemajuan,” kata beliau. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager