NOTA JEMAAH MENTERI MENGENAI PEMBANGUNAN SEMULA GAZA AKAN DIBENTANG – DR DZULKEFLY
Satu nota Jemaah Menteri mengenai agenda pembangunan semula Gaza akan dibentangkan kepada anggota Kabinet tidak lama lagi bagi mendapatkan pertimbangan mengenai penglibatan Malaysia dalam usaha pembangunan semula wilayah bergolak itu.
SHAH ALAM: Satu nota Jemaah Menteri mengenai agenda pembangunan semula Gaza akan dibentangkan kepada anggota Kabinet tidak lama lagi bagi mendapatkan pertimbangan mengenai penglibatan Malaysia dalam usaha pembangunan semula wilayah bergolak itu.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dzulkefly Ahmad berkata nota Jemaah Menteri itu akan memuatkan cadangan pembinaan sebuah hospital ehsan di Gaza yang melibatkan 150 katil yang akan dimajukan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Nota itu juga akan menyebut mengenai pembangunan semula Gaza dan agenda Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) secara menyeluruh.
“Kalau (penerimaan) positif, Perdana Menteri dan Kabinet mahukan ianya (nota Jemaah Menteri) dibentangkan dalam bentuk memorandum, Kementerian Kesihatan bersedia untuk menyiapkan cadangan itu,” katanya selepas majlis makan malam International Post War Gaza Rebuilding Planning Session yang dihadiri 250 tetamu dari 25 negara di sini Ahad malam.
Apabila ditanya berapa banyak Malaysia telah sumbangkan untuk Gaza, Dr Dzulkefly berkata Malaysia telah menjanjikan RM100 juta bagi Gaza dan sehingga ini RM20 juta telah dilaksanakan.
Pada majlis makan malam itu lebih RM30 juta dan lima ambulans berjaya dikumpulkan dari 17 penyumbang dalam dan luar negara bagi tujuan pembangunan semula Gaza.
Presiden MAPIM Mohd Azmi Abdul Hamid berkata usaha pembangunan semula Gaza akan dimulakan pada bulan Ramadan nanti.
“Misi ini akan diuruskan oleh MAPIM bersama rakan-rakan antarabangsa kami. Semasa Ramadan, makanan akan dihantar pada kadar segera dan MAPIM bercadang membina semula hospital di bandar Gaza,” kata Mohd Azmi.
Penyumbang terbesar dalam majlis makan malam berkenaan ialah Pengerusi Eksekutif Well Asia Group of Companies Datuk Seri Abdul Majid Zainal Abidin yang menyalurkan RM20 juta bagi pembangunan Gaza.
Abdul Majid, 70, ketika ditemui berkata beliau berharap sumbangan itu digunakan untuk membina semula masjid dan sekolah di Gaza.
Serangan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober lepas yang sudah lebih 120 hari telah mengorbankan lebih 28,000 nyawa dan menyebabkan lebih 60,000 cedera.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.