OPERATOR TERLIBAT GANGSTERISME, SUKARKAN USAHA HAPUS TAPAK SAMPAH HARAM DI SELANGOR- EXCO
Halangan secara fizikal dan provokasi daripada pihak tertentu termasuk kumpulan gangster yang bertindak sebagai operator tapak pelupusan sampah haram, antara masalah dihadapi kerajaan Selangor dalam usaha membasmi pembuangan sampah haram di negeri itu.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam Dan Pembangunan Kampung Baru Negeri Selangor Ng Sze Han (tengah) ketika sesi soal jawab pada Mesyuarat Ketiga Persidangan Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ke-14 di Bangunan Dewan Negeri Selangor, hari ini. –fotoBERNAMA
SHAH ALAM: Halangan secara fizikal dan provokasi daripada pihak tertentu termasuk kumpulan gangster yang bertindak sebagai operator tapak pelupusan sampah haram, antara masalah dihadapi kerajaan Selangor dalam usaha membasmi pembuangan sampah haram di negeri itu.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru negeri Ng Sze Han berkata selain itu kewujudan tonto di sekitar tapak sampah haram yang menyalurkan maklumat keberadaan kenderaan pihak berkuasa, menyukarkan tindakan dikenakan.
Ng berkata Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menghadapi kekangan untuk mengambil tindakan ke atas individu terbabit kerana peruntukan Undang-Undang Kecil (UUK) sedia ada terhad serta tertakluk hanya kepada pembuang sampah (lori sampah) dan tidak termasuk kepada operator yang menguruskan tapak sampah haram.
“Kuasa perundangan untuk dikenakan ke atas operator adalah tidak jelas dan amaun denda pada peruntukan UUK adalah tidak relevan. Selain itu, tiada peruntukan undang-undang yang boleh dikenakan kepada pengusaha sampah haram yang menggunakan tanah orang lain,” katanya.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Edry Faizal Eddy Yusof (PH-Dusun Tua) yang ingin tahu halangan yang dihadapi kerajaan negeri dalam membasmi tapak sampah haram, pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.
Ng berkata tapak sampah haram tersebut juga dijalankan di tanah milk persendirian yang tidak diuruskan dan dijaga dengan baik malah maklumat pemilik tanah seperti alamat surat-menyurat dan nombor telefon untuk dihubungi juga sukar untuk diperoleh.
“Di samping itu, terdapat rumah ibadat yang telah didirikan dalam kawasan tapak pelupusan sampah haram dan menjadi isu keagamaan apabila tindakan penguatkuasaan dijalankan,” katanya.
Selain itu, katanya tindakan penguatkuasaan secara bersepadu antara agensi kerajaan termasuk untuk mengenal pasti pemilik yang sah mengambil masa yang panjang di samping kekangan jumlah anggota bagi tujuan pemantauan, tindakan dan kuasa-kuasa PBT ke atas pemilik tanah atau kenderaan yang membawa sampah,” katanya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager