“Saya hilang kata-kata sebaik dimaklumkan akan menerima bot berkenaan kerana setiap kali musim banjir kami memang terputus hubungan dan hanya pinjam bot orang lain untuk menyelamatkan diri.”
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (kiri) menunjukkan bot fiber, enjin dan jaket keselamatan semasa berkenan menyampaikan sumbangan tersebut kepada salah seorang daripada lima penduduk yang kediamannya sering dilanda banjir Mohamad Fahamy Miohamad Sarif, 49, (kanan) pada majlis Pengurniaan Bot dan Sumbangan Kepada Asnaf di Masjid Haji Sultan Ahmad Shah hari ini. –fotoBERNAMA
PEKAN: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mengurniakan bot kepada penduduk di daerah ini sebagai persiapan menghadapi musim tengkujuh.
Seri Paduka ketika bertitah kepada penerima berpesan supaya bot tersebut digunakan secara bersama penduduk lain yang terjejas banjir dan bukan untuk kegunaan sendiri semata-mata.
“Jangan jual pula ya, ini (bot) untuk bantu orang-orang terdekat juga…kalau ada rumah-rumah terdekat (banjir) bantu, tolong jiran,” titah Al-Sultan Abdullah.
Lima bot jenis fiber lengkap bersama jaket keselamatan itu dikurniakan Seri Paduka di pekarangan Masjid Sultan Ahmad Shah, di sini, selepas menunaikan solat Jumaat bersama penduduk setempat.
Turut berangkat Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
Hadir sama Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Dr Sallehudin Ishak.
Pada majlis itu, Seri Paduka turut berkenan mengurniakan sumbangan peribadi selain makanan keperluan harian daripada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) kepada 150 asnaf.
Sementara itu, pekebun Mohamad Fahamy Mohamad Sarif, 49, yang menetap di Kampung Pelak di sini, tidak menjangkakan akan menerima bantuan tersebut daripada Al-Sultan Abdullah.
“Saya hilang kata-kata sebaik dimaklumkan akan menerima bot berkenaan kerana setiap kali musim banjir kami memang terputus hubungan dan hanya pinjam bot orang lain untuk menyelamatkan diri.
“Apabila ada bot sendiri ini mudah untuk saya keluarkan keluarga dan jiran lain ke pusat pemindahan sementara, kadang-kadang tunggu pasukan keselamatan tiba ia ambil masa yang lama,” kata bapa kepada tiga anak itu.
Pekerja gerai makanan Ahmad Ghairah Abdul Rahman, 54, pula berkata beliau terharu dengan keprihatinan Seri Paduka yang begitu mengambil berat keperluan mangsa banjir.
“Setiap kali banjir boleh dikatakan rumah kami akan terjejas sebab berhampiran dengan sungai dan apabila banjir teruk kami akan terputus hubungan, bantuan bot ini amat bermakna dan saya sangat bersyukur dengan sumbangan dikurniakan ini,” kata penduduk Kampung Ganchong itu. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests