Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SHEIKH MISHARY IMAMKAN SOLAT JUMAAT, DOAKAN KESEJAHTERAAN MALAYSIA

DALAM NEGARA

SHEIKH MISHARY IMAMKAN SOLAT JUMAAT, DOAKAN KESEJAHTERAAN MALAYSIA

Qari terkenal dari Kuwait, Sheikh Mishary Rashid Alafasy hari ini mengimamkan solat Jumaat di Masjid Wilayah Persekutuan yang dihadiri ribuan jemaah.

KUALA LUMPUR: Qari terkenal dari Kuwait, Sheikh Mishary Rashid Alafasy hari ini mengimamkan solat Jumaat di Masjid Wilayah Persekutuan yang dihadiri ribuan jemaah.

@beritaalhijrah114

Qari terkenal dari Kuwait, Sheikh Mishary Rashid Alafasy mengimamkan solat Jumaat di Masjid Wilayah Persekutuan yang dihadiri ribuan jemaah. Sheikh Mishary turut membacakan doa untuk kesejahteraan kepada Malaysia sebelum meninggalkan masjid itu #beritaalhijrah #trendingnewsmalaysia #beritaditiktok #mishary_rashid_alafasy #misharyrashidalafasy #masjidwilayahpersekutuan #malaysia

♬ original sound – Berita AlHijrah – Berita AlHijrah

Difahamkan Sheikh Mishary akan berada di Malaysia bermula 1 hingga 6 Disember.

Selesai mengimamkan solat Jumaat, Sheikh Mishary turut mengalunkan bacaan surah al-A’la dan al-Qadr.

Ketika mengalunkan bacaan al-Quran, ribuan jemaah mengambil peluang untuk merakam video serta mengambil gambar sebagai kenangan.

Selepas itu, Sheikh Mishary turut membacakan doa untuk kesejahteraan kepada Malaysia sebelum meninggalkan masjid itu.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading