Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ORANG RAMAI DIJEMPUT SERTAI MAJLIS SAMA’ HADIS SAHIH AL-BUKHARI BULAN DEPAN

DALAM NEGARA

ORANG RAMAI DIJEMPUT SERTAI MAJLIS SAMA’ HADIS SAHIH AL-BUKHARI BULAN DEPAN

Orang ramai dijemput sama-sama menghadiri Majlis Sama’ Hadis Sahih Al-Bukhari Antarabangsa 2024 anjuran Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Masjid Putra, Putrajaya pada 10 hingga 21 Nov ini. 

KUALA LUMPUR: Orang ramai dijemput sama-sama menghadiri Majlis Sama’ Hadis Sahih Al-Bukhari Antarabangsa 2024 anjuran Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Masjid Putra, Putrajaya pada 10 hingga 21 Nov ini. 

 Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata program itu bakal menghimpunkan para ulama serta ilmuan tersohor dari dalam dan luar negara untuk menyampaikan syarahan serta memperkukuh kefahaman umat Islam terhadap hadis sahih Al-Bukhari.

“Saya menyeru semua lapisan masyarakat untuk bersama-sama menyertai majlis ini, kerana inilah peluang untuk menyelami khazanah ilmu yang agung, meraih hikmah yang tidak ternilai, dan seterusnya menyumbang kepada pengukuhan syiar Islam di negara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata program itu bukan sahaja sebuah perhimpunan ilmu, tetapi juga platform menyuburkan ukhuwah dalam kalangan masyarakat, selari dengan prinsip kerajaan MADANI yang menekankan perpaduan, kesejahteraan dan kemajuan berteraskan nilai-nilai Islam.

Program itu juga adalah antara usaha kerajaan MADANI untuk menjunjung tinggi syiar agama Islam dan memperkukuh penghayatan ilmu dalam masyarakat, katanya. 

Ia dianjurkan oleh agensi-agensi Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan At-Taibah dan Pertubuhan ISLAMI. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading