Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TOL PERCUMA DI SEMUA LEBUH RAYA 29 DAN 30 OKT SEMPENA DEEPAVALI 

DALAM NEGARA

TOL PERCUMA DI SEMUA LEBUH RAYA 29 DAN 30 OKT SEMPENA DEEPAVALI 

KUALA LUMPUR: Pengguna lebuh raya akan menikmati tol pecuma pada 29 dan 30 Oktober sempena Deepavali.

Gambar hiasan. – Bernama

KUALA LUMPUR: Pengguna lebuh raya akan menikmati tol percuma pada 29 dan 30 Oktober sempena Deepavali.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pemberian tol percuma itu bermula 12.01 tengah malam 29 Okt dan berakhir pada 11.59 malam 30 Okt.

“Kos pemberian tol percuma dianggarkan sebanyak RM38 juta akan ditanggung oleh kerajaan dengan bayaran pampasan dibuat kepada semua syarikat konsesi tol terlibat.

“Pengecualian tol akan diberikan hanya kepada kenderaan Kelas 1 (kenderaan persendirian) sahaja di semua plaza tol kecuali plaza tol di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Tol Tanjung Kupang, Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA) Johor Darul Takzim.

“Pemberian tol percuma ini adalah selaras dengan teras utama Kerajaan Madani iaitu Kesejahteraan dan Ihsan dalam membantu meringankan kos sara hidup rakyat disamping mengukuhkan budaya perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berharap pengguna lebuh raya dapat memanfaatkan peluang itu sebaiknya dan dinasihatkan supaya merancang perjalanan dengan sewajarnya untuk melancarkan pergerakan melalui panduan ditetapkan.

Selain itu mewakili Kementerian Kerja Raya, Lembaga Lebuhraya Malaysia dan semua syarikat konsesi lebuh raya, beliau memohon supaya semua pengguna jalan raya memandu dengan berhemah mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading