Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

NETANYAHU TOLAK INISIATIF GENCATAN SENJATA MESIR DI GAZA

DUNIA

NETANYAHU TOLAK INISIATIF GENCATAN SENJATA MESIR DI GAZA

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menolak inisiatif yang dicadangkan oleh Mesir pada Ahad untuk gencatan senjata jangka pendek dengan Hamas di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu.

Sumber Gambar: AFP

BAITULMUQADDIS: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menolak inisiatif yang dicadangkan oleh Mesir pada Ahad untuk gencatan senjata jangka pendek dengan Hamas di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu.

Presiden Mesir Abdel Fattah Al-Sisi mengumumkan cadangan itu, menurut media Israel.

“Kami mencadangkan gencatan senjata di Semenanjung Gaza selama dua hari untuk menukar empat tawanan (Israel) dengan beberapa tahanan (Palestin), dan kemudian rundingan akan berlangsung selama 10 hari  untuk menjadikan gencatan senjata itu satu perjanjian kekal,” kata Al-Sisi semasa sidang media bersama Presiden Algeria Abdelmadjid Tebboune di ibu negara, Kaherah.

Walaupun kebanyakan menteri Israel menyokong cadangan Mesir, Tel Aviv menolak perjanjian itu disebabkan bantahan daripada Netanyahu yang menegaskan bahawa “rundingan hanya akan berlaku ketika serangan masih berjalan,” menurut saluran Israel Channel 12.

Saluran itu turut mengesahkan bahawa pihak keselamatan Israel juga menyokong cadangan berkenaan.

Israel menganggarkan bahawa kira-kira 101 warganya masih ditahan oleh kumpulan Hamas di Gaza di tengah-tengah kebimbangan bahawa sebahagian daripada mereka mungkin telah terbunuh dalam serangan udara Israel di kawasan padat penduduk itu.

Usaha yang diketuai oleh Amerika Syarikat (AS), Mesir dan Qatar untuk mendapatkan gencatan senjata serta memudahkan pertukaran tahanan antara Israel dan Hamas setakat ini terhenti, dengan Netanyahu enggan mempertimbangkan untuk menamatkan konflik itu.

Tentera Israel meneruskan serangan besar-besaraan ke atas Semenanjung Gaza sejak Oktober 2023, walaupun terdapat resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menuntut gencatan senjata segera.

Hampir 43,000 orang telah terbunuh, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, serta lebih 100,000 yang lain cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading