Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PARLIMEN: BAKAL JEMAAH BOLEH GUNA AKAUN SEJAHTERA UNTUK BAYARAN BAKI KOS HAJI

DALAM NEGARA

PARLIMEN: BAKAL JEMAAH BOLEH GUNA AKAUN SEJAHTERA UNTUK BAYARAN BAKI KOS HAJI

KUALA LUMPUR: Bakal jemaah haji yang terpilih untuk mengejarkan rukun Islam kelima itu oleh Lembaga Tabung Haji (TH) boleh menggunakan simpanan Akaun Sejahtera (Akaun 2) untuk membiayai perbelanjaan asas mengerjakan haji.

Gambar fail Kursus Perdana Haji. – Bernama

KUALA LUMPUR: Bakal jemaah haji yang terpilih untuk mengejarkan rukun Islam kelima itu oleh Lembaga Tabung Haji (TH) boleh menggunakan simpanan Akaun Sejahtera (Akaun 2) untuk membiayai perbelanjaan asas mengerjakan haji.

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata perkhidmatan itu telah diperkenalkan sejak 2013 bagi ahli beragama Islam di bawah umur 55 tahun.

“Amaun yang boleh dikeluarkan daripada Akaun Sejahtera adalah perbezaan jumlah kos haji dengan baki simpanan akaun Tabung Haji ahli pada masa menerima tawaran haji tertakluk kepada amaun maksimum RM3,000 atau baki Akaun Sejahtera (mengikut mana yang lebih rendah).

“Sekiranya ahli memerlukan pembiayaan tambahan, ahli boleh mengeluarkan simpanan daripada Akaun Fleksibel (Akaun 3),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Jerlun, Dr Abd Ghani Ahmad berkenaan kesediaan kerajaan membenarkan pencarum KWSP yang terpilih menunaikan haji mengeluarkan simpanan mereka sebelum mencapai umur persaraan.

Bagi permohonan pengeluaran KWSP untuk ibadah haji, ahli perlu membawa dokumen seperti MyKad, surat tawaran dari TH dengan status terpilih dan penyata akaun simpanan TH. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading