PAK LAH MAJUKAN KEPALA BATAS DARIPADA PEKAN KOBOI KEPADA BANDAR – PENDUDUK
Penduduk di Parlimen Kepala Batas, Pulau Pinang menyifatkan Perdana Menteri kelima Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai pemimpin yang bertanggungjawab membawa perubahan di kawasan berkenaan.
KEPALA BATAS: Penduduk di Parlimen Kepala Batas, Pulau Pinang menyifatkan Perdana Menteri kelima Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai pemimpin yang bertanggungjawab membawa perubahan di kawasan berkenaan.
Turut bersedih dengan berita pemergian Abdullah, rata-rata penduduk mengenang Abdullah sebagai individu yang bertanggungjawab mengubah pekan koboi Kepala Batas menjadi sebuah bandar yang dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk institusi pendidikan sepanjang tujuh penggal menjadi Ahli Parlimen di kawasan itu.
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam Datuk Shariful Azhar Othman berkata semasa Abdullah menjadi Perdana Menteri, Parlimen Kepala Batas berubah dengan pembangunan sehingga menjadi sebuah bandar dengan pelbagai kemudahan.
“Tun Abdullah bukan sahaja guru saya dalam bidang politik, malah turut berperanan dalam memberi tunjuk ajar dan nasihat tentang hal berkaitan Islam,” katanya ketika ditemui di sini malam tadi.
Shariful Azhar yang juga Pengerusi Kariah Masjid Al Jamiul Badawi, di sini berkata sebaik mendapat tahu berita pemergian Abdullah yang mesra dipanggil Pak Lah malam tadi, penduduk terutama yang berada di masjid di sekitar Kepala Batas menganjurkan majlis bacaan Yasin.
“Masjid Al Jamiul Badawi merupakan masjid yang sangat sinonim dengan Pak Lah kerana ia masjid dari zaman arwah Tok Wan Pak Lah, iaitu Sheikh Abdullah Fahim, seorang ulama terkenal seterusnya ayah Pak Lah dan kemudiannya beliau sendiri,” katanya.
Beliau berkata sepanjang Pak Lah menjadi Ahli Parlimen Kepala Batas selama tujuh penggal terutama ketika menjadi Perdana Menteri, Allahyarham berulang kali memesan agar masjid itu kekal seperti asal.
“Saya boleh yakinkan tidak ada perkara negatif tentang Pak Lah, tutur katanya indah, ibadahnya cantik dan seorang insan yang mulia.
“Insya-Allah kami di masjid akan anjurkan bacaan Yasin dan tahlil buat Allahyarham kerana ini masjid Pak Lah, jadi kita akan terus kenang untuk selama-lamanya,” katanya yang akan ke ibu negara bagi memberi penghormatan terakhir bersama kariah masjid di Makam Pahlawan, Masjid Negara hari ini.
Sementara itu, seorang pesara guru Mohd Saleh Rashid, 72, yang mengenali Allahyarham sejak kecil berkata sukar untuk mencari pemimpin seperti Pak Lah yang bukan sahaja bersifat lemah lembut, tetapi juga mudah mesra dengan orang ramai tanpa mengira pangkat dan darjat.
“Pak Lah memang rapat dengan penduduk Kepala Batas terutama di Permatang Bertam ini, dia bangunkan Kepala Batas untuk rakyat di sini, malah saya sendiri tengok Pak Lah dengan pemimpin politik bukan Islam juga sangat baik.
“Saya memang puji Pak Lah kerana apabila beliau balik ke Parlimen di sini tiada protokol dengan penduduk,” katanya.
Bagi bekas Ketua Bahagian MIC Kepala Batas Datuk SST Muniandy yang juga rakan rapat Allahyarham, beliau mengenang Pak Lah sebagai seorang pemimpin yang tenang, berhemah tinggi dan sentiasa meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan dalam setiap keputusan.
“Saya berpeluang menyaksikan sendiri beliau berinteraksi dengan rakyat penuh hormat, sabar dan rendah diri, malah cara beliau mendengar masalah rakyat dan memberi respons yang berfakta serta bersandarkan nilai kemanusiaan memberi gambaran jelas tentang keperibadian beliau yang mulia,” katanya.
Tun Abdullah, 85, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di sini pada 7.10 malam tadi.
Dilahirkan pada 26 Nov 1939 di Bayan Lepas, Abdullah yang merupakan Ahli Parlimen Kepala Batas dari 1978 hingga 2008, menjadi Perdana Menteri dari 31 Okt 2003 hingga 3 April 2009, berikutan peletakan jawatan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager