PERGINYA “PAK LAH”, BAPA PEMBANGUNAN MODAL INSAN NEGARA
Bekas perdana menteri itu yang membawa imej pemimpin Islam sederhana itu, amat menekankan bahawasanya setiap insan perlu dilengkapi nilai-nilai positif seperti berilmu, mempunyai nilai murni, moral dan disiplin, bagi melengkapi proses pembangunan negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi yang meninggal dunia hari ini adalah figura penting yang banyak menyumbang ke arah pembangunan modal insan di negara ini, sehingga dinobat sebagai Bapa Pembangunan Modal Insan.
Allahyarham, 85, yang mesra dipanggil “Pak Lah” merupakan pelopor kepada satu konsep gagasan pemikiran yang menekankan aspek modal insan sebagai landasan kecemerlangan generasi masa hadapan.
Bekas perdana menteri itu yang membawa imej pemimpin Islam sederhana itu, amat menekankan bahawasanya setiap insan perlu dilengkapi nilai-nilai positif seperti berilmu, mempunyai nilai murni, moral dan disiplin, bagi melengkapi proses pembangunan negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Sepanjang enam tahun mengemudi kerajaan bermula 31 Okt 2003, Abdullah antara lain menggariskan lima teras di bawah pentadbirannya iaitu Misi Nasional, Pelan Integriti Nasional, Pembangunan Koridor Ekonomi, Pembangunan Modal Insan serta konsep Islam Hadhari.
Dilahirkan pada 26 Nov 1939 di Bayan Lepas, Pulau Pinang, Abdullah menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Permatang Bertam Pulau Pinang sebelum melanjutkan pelajaran peringkat menengah di Sekolah Tinggi Bukit Mertajam, Sekolah Menengah Daeratul Maarifil Al-Wataniah dan Sekolah Lelaki Methodist Pulau Pinang.
Allahyarham yang pernah berkhidmat sebagai guru, meneruskan pengajian di Universiti Malaya dari tahun 1962 hingga 1964 dalam bidang Pengajian Islam.
Beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Seri Endon Mahmood pada 1965 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Tan Sri Kamaluddin dan Nori. Bagaimanapun setelah beberapa tahun bertarung dengan kanser payu dara, Endon meninggal dunia pada 20 Okt 2005 dan Abdullah kemudiannya berkahwin dengan Tun Jeanne Abdullah pada 2007.
Dari segi karier, Abdullah menempa kerjaya yang dinamik sejak memulakan tugas sebagai Penolong Setiausaha di Jabatan Perkhidmatan Awam pada 1964 dan dilantik sebagai Ketua Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan di bawah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) pada 1969, serta Pengarah Belia di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada 1971 dan Timbalan Ketua Setiausaha kementerian berkenaan pada 1975.
Walaupun telah menyertai UMNO pada 1965, Allahyarham hanya mula bergiat aktif dalam dunia politik selepas memenangi kerusi Parlimen Kepala Batas pada Pilihan Raya Umum Ke-5 pada 1978 dan dipilih untuk memegang jawatan Naib Presiden UMNO pada 1984, 1987, 1990 dan dipilih semula untuk jawatan itu pada 1996.
Antara jawatan penting Abdullah dalam Kabinet adalah sebagai Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan pada 1980, Menteri Pelajaran (1984), Menteri Pertahanan (1986-1987), Menteri Luar Negeri (1991-1999) selain menggalas jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri pada tahun 1999.
Abdullah dilantik sebagai Timbalan Presiden UMNO dari 2000 hingga 2003 dan memegang jawatan tertinggi dalam parti sebagai Presiden UMNO dari 2003 hingga 2009, selepas Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan keputusan untuk melepaskan semua jawatannya dalam UMNO, Barisan Nasional dan kerajaan.
Dilahirkan dalam keluarga cendekiawan Islam dengan bapanya Allahyarham Datuk Ahmad Badawi Abdullah merupakan tokoh agama terkenal, Abdullah turut menyemai pendekatan Islam Hadhari dalam kepimpinannya.
Dalam wawancara eksklusif Bernama bersama Abdullah sempena sambutan Maal Hijrah 1426 pada 10 Feb 2005, beliau berkongsi bahawa langkah memperkenalkan Islam Hadhari bertujuan untuk membawa perubahan dalam cara pemikiran dan sikap masyarakat.
“Islam sudah tentu adalah Islam, tetapi apabila ia digabungkan dengan perkataan “hadhari”, ia menekankan bahawa Islam itu bertamadun – (satu agama) yang boleh menyumbang kepada tamadun manusia, kerana Islam adalah agama yang relevan sepanjang zaman.
“(Ia) satu agama yang mengajar kita untuk menuntut ilmu supaya kita dapat memperbaiki diri menjadi insan yang baik, berjaya, dihormati dan berkeupayaan membawa kemajuan kepada ummah dan negara, sekali gus dapat memperkukuh lagi kedudukan Islam,” kata Abdullah.
Pada 23 April 2004, Abdullah melancarkan Pelan Integriti Nasional (PIN) dengan fokus utama memupuk budaya dan integriti dalam kalangan rakyat, sekali gus menyaksikan penubuhan Institut Integriti Malaysia sebagai agensi pemantauan pelaksanaan PIN.
Usaha serius negara dalam menghapuskan rasuah juga mendorong kerajaan pimpinan Abdullah menubuhkan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia, yang bertindak sebagai pusat serantau bagi usaha meningkatkan kapasiti dan keupayaan dalam pembanterasan rasuah.
Dari sudut ekonomi negara, Abdullah melaksanakan pembangunan lima Koridor Wilayah antaranya Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) dan Koridor Pantai Timur atau Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) bagi merapatkan jurang pendapatan antara rakyat.
Pelaksanaan Koridor Wilayah antaranya melibatkan penyediaan infrastruktur dan sumber di kawasan luar bandar, dengan langkah tersebut bertujuan meningkatkan taraf sosioekonomi dan menjadi sebahagian daripada inisiatif di bawah Rancangan Malaysia Ke-9.
Abdullah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 3 April 2009 dan dikurniakan darjah tertinggi negara iaitu Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) yang membawa gelaran Tun pada tahun sama.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked