Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PALESTIN GESA BANTUAN ANTARABANGSA HENTIKAN PELUASAN PENEMPATAN ISRAEL, LINDUNGI PENYELESAIAN DUA NEGARA

DUNIA

PALESTIN GESA BANTUAN ANTARABANGSA HENTIKAN PELUASAN PENEMPATAN ISRAEL, LINDUNGI PENYELESAIAN DUA NEGARA

Masyarakat antarabangsa perlu campur tangan untuk menghalang Israel daripada merampas tanah, merobohkan rumah, membakar pokok, dan memusnahkan infrastruktur di wilayah Palestin, menurut Kementerian Luar Palestin dalam satu kenyataan.

Sumber gambar: AFP

RAMALLAH: Palestin pada Khamis menggesa campur tangan antarabangsa untuk menghentikan peluasan penempatan haram Israel di Tebing Barat dan melindungi penyelesaian dua negara bagi konflik Israel-Palestin, lapor Xinhua.

Masyarakat antarabangsa perlu campur tangan untuk menghalang Israel daripada merampas tanah, merobohkan rumah, membakar pokok, dan memusnahkan infrastruktur di wilayah Palestin, menurut Kementerian Luar Palestin dalam satu kenyataan.

“Tindakan Israel telah mengubah perbincangan, kedudukan, atau visi yang berkaitan dengan keamanan berdasarkan penyelesaian dua negara kepada satu khayalan dan impian tidak realistik, yang sukar dicapai,” menurut kenyataan itu.

Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dengan membina berpuluh-puluh penempatan di wilayah Palestin yang diduduki. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading