Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PALESTIN MOHON SERTAI KES GENOSID DIFAILKAN AFRIKA SELATAN TERHADAP ISRAEL DI ICJ

DUNIA

PALESTIN MOHON SERTAI KES GENOSID DIFAILKAN AFRIKA SELATAN TERHADAP ISRAEL DI ICJ

Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada Isnin berkata Palestin memfailkan permohonan kebenaran untuk mencelah dan perisytiharan untuk mencelah  dalam kes Afrika Selatan terhadap Israel berhubung permohonan Konvensyen Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid di Semenanjung Gaza.

Gambar fail (AFP)

THE HAGUE: Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada Isnin berkata Palestin memfailkan permohonan kebenaran untuk mencelah dan perisytiharan untuk mencelah  dalam kes Afrika Selatan terhadap Israel berhubung permohonan Konvensyen Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid di Semenanjung Gaza.

Dalam satu kenyataan, ICJ berkata Negara Palestin telah mengemukakan permohonannya pada 31 Mei, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin. 

Permohonan Palestin itu adalah dalam rangka komitmen Palestin untuk terus mengambil semua langkah undang-undang di peringkat antarabangsa bagi mempertahankan hak rakyat Palestin dan menghentikan jenayah genosid yang dilakukan terhadap mereka.

Ia juga datang dalam konteks komitmen Palestin terhadap kesahihan dan undang-undang antarabangsa sebagai asas untuk menamatkan ketidakadilan sejarah dan pendudukan penjajah serta menuntut pertanggungjawaban terhadap jenayah yang dilakukan.

Palestin menyeru semua negara pihak kepada Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pencegahan dan Penghukuman Jenayah Genosid untuk menyertai prosedur saman yang difailkan oleh Afrika Selatan, melindungi rakyat Palestin daripada jenayah genosid, memastikan tiada pengulangan jenayah kejam itu pada masa hadapan dan memelihara kelangsungan sistem berdasarkan undang-undang antarabangsa.

Palestin juga menyeru semua negara untuk mematuhi langkah-langkah sementara yang dikeluarkan oleh ICJ, menggesa pelaksanaannya dengan segera. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading