Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POKOK TUMBANG HEMPAP KERETA, LIMA TERMASUK DUA KANAK-KANAK SELAMAT

DALAM NEGARA

POKOK TUMBANG HEMPAP KERETA, LIMA TERMASUK DUA KANAK-KANAK SELAMAT

Kejadian itu melibatkan dua kereta, dengan sebuah daripadanya dinaiki sepasang suami isteri berumur 30 hingga 40 tahun bersama dua orang anak, dan manakala sebuah lagi dipandu wanita berumur lingkungan 40-an.

KLANG: Lima individu berdepan detik mencemaskan selepas kereta dinaiki dihempap pokok tumbang semasa dalam perjalanan di Jalan Kapar Batu 6, Klang, dekat sini hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Klang Utara digerakkan ke lokasi bagi melakukan operasi penyelamatan selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.10 petang.

Beliau berkata kejadian itu melibatkan dua kereta, dengan sebuah daripadanya dinaiki sepasang suami isteri berumur 30 hingga 40 tahun bersama dua orang anak, dan manakala sebuah lagi dipandu wanita berumur lingkungan 40-an.

“Kesemua mereka termasuk dua kanak masing-masing lelaki dan perempuan terselamat, dan telah keluar sendiri dari kenderaan sebelum pihak bomba tiba,” katanya dalam kenyataan di sini.

Ahmad Mukhlis berkata kesemua mereka tidak mengalami sebarang kecederaan dan pihak bomba sedang giat melakukan kerja-kerja memotong dan mengalihkan pokok berkenaan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading