GAWAT negara dikejutkan dengan dakwaan kes pemalsuan kredensial oleh pemimpin politik, usahawan terkemuka termasuk mereka yang berpengaruh.
Sebilangan kecil dari mereka berterus terang mengaku kesalahan dengan cara berhemah. Yang lain mempertahankan tindakan walaupun jelas bersalah, dan ada yang membisu tanpa menafikannya.
Rakyat tergamam, penyokong
kaku dan tersembam, dan pesaing mengaum dan berdendang. Apa masalahnya dengan
pemalsuan kredensial?
Dari sudut kefahaman umum,
sesuatu yang palsu merujuk kepada perkara yang sengaja diada-adakan untuk
memperbodohkan dan menipu orang. Sementara perkara tiruan adalah sesuatu yang
tidak tulin tetapi diperlukan kerana manfaatnya.
Sebagai contoh, alat ganti
tiruan adalah sah di sisi undang-undang, tetapi melabelkannya sebagai jenama
asli adalah melanggar undang-undang dan dianggap kes pemalsuan.
Generasi muda mesti diajar supaya membenci sikap menipu
Ada golongan yang mengupas
isu ini dari sudut moral dan akhlak. Manakala kumpulan lain berhujah dari sudut
kesannya kepada prestasi profesional dan kredibiliti tindakan.
Inilah masalahnya apabila sesuatu isu dipolitikkan.
Bagi satu pihak, walaupun faham dan sedar perlakuan tersebut adalah satu kesalahan tetapi tindakan itu tetap boleh diterima.
Sementara itu, bagi pesaing,
perkara sekecil kuman perlu diperbesar agar tindakan musuhnya kelihatan pincang
dan diragui. Adakah kerana laba berpolitik maka seseorang harus hilang kewarasan,
mengaibkan diri, dan terlepas pandang soal integriti?
Mana satu yang betul, gigi
palsu atau gigi tiruan?
Jika merujuk kepada fungsi gigi untuk mengunyah
dan menggigit, adalah lebih tepat dipanggil gigi tiruan. Sebaliknya, jika digunakan untuk kelihatan cantik, lebih layak digelar gigi palsu.
Apakah persamaan tafsiran
antara kes gigi palsu dengan pemalsuan kredensial?
Dari perspektif akademik,
profesional dan etika, jelas bahawa pemalsuan kredensial adalah sama seperti
kes gigi palsu tetapi ia pemalsuan berskala besar dan mempunyai unsur
manipulasi untuk meyakinkan orang ramai. Adakah dengan memalsukan kredensial, prestasi
seseorang akan meningkat?
Setakat hari ini, tiada
bukti kukuh yang menyokong bahawa penipuan seperti ini memberi kesan positif secara
langsung kepada peningkatan pencapaian seseorang.
Namun, mengapa ada orang
sanggup melakukan sesuatu yang tidak memberikan kesan positif kepada prestasi
mereka?
Dari sudut Cognitive Dissonance Psychology,
perlakuan menipu berlaku kerana identiti diri, dorongan pelbagai perkara luar
kawalan, dan masalah yang berkaitan dengan kesihatan personaliti.
Kes pemalsuan kredensial
berhubungan rapat dengan perasaan ingin diyakini, dipercayai, dan dihormati. Konflik
emosi seperti ini mempengaruhi seseorang untuk mencari jalan keluar secara
paling mudah dan dianggap berkesan. Akibatnya, ia akan berbohong, menipu dan
memanipulasi.
Sikap menipu memberi implikasi buruk terhadap kesihatan personaliti seseorang
Secara perbandingan, sikap
yang mana satukah yang lebih merosakkan, pemalsuan hujah untuk mendapatkan
sokongan atau pemalsuan kredensial untuk dipandang tinggi?
Secara logiknya, orang mudah melupakan pembohongan, tetapi mereka tidak mudah melupakan pemalsuan kredensial kerana perbuatan tersebut berkait secara langsung dengan identiti diri seseorang.
Sebaliknya, jika ditinjau
dari sudut politik, kesan dari kes-kes pemalsuan keredensial tidak akan
memberikan impak negatif berskala besar, kerana rakyat sudah terlalu kerap didedahkan
dengan pseudo-fakta dan ketidakwarasan tindakan.
Persoalan yang lebih besar
adalah, adakah generasi muda yang sedang diasak dengan pelbagai jenis kepincangan
dapat dipandu untuk kembali ke jalan yang lebih berintegriti? Soalan cepu emas
yang sukar dijawab ketika negara sedang berhadapan dengan isu-isu integriti di
segenap lapisan masyarakat.
Pemalsuan kredensial sudah
berlaku, kegawatan mengenainya juga sudah mula reda. Kesan jangka panjang dari
kes seperti ini kepada pembudayaan dan minda generasi muda memang sukar
diramal.
Tetapi dalam tempoh jangka
pendek, isu ini amat menggerunkan, dan ini belum lagi mengambil kira implikasi
pemalsuan dan pembohongan dalam perkara-perkara lain yang berlaku pada setiap
hari. Apakah jenis generasi pelapis yang ingin kita bina untuk membangunkan Malaysia pada masa hadapan?
Kita boleh mendabik dada sebagai negara Islam maju dan progresif, tetapi adakah gambaran mengenai Islam boleh diasingkan daripada sikap umatnya?
*Dr Yahya Mat Som adalah pakar dalam bidang Pembangunan Personal dan Profesional (Cognitive Dissonance Psychology)
PENAFIAN: Hijrah Online tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui rencana ini. Ia adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab penulis.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager