KEMISKINAN walaupun sukar ditakrif dan diukur, ia boleh disimpulkan
sebagai kekurangan daripada mendapatkan beberapa keperluan hidup; iaitu
keperluan asasi seperti makanan, tempat tinggal dan pakaian, dan keperluan
sosial seperti pendidikan, perubatan, bekalan api dan air serta kenderaan.
Dalam sesetengah keadaan, terdapat golongan yang langsung tidak mampu
untuk mendapatkan keperluan asasi. Dalam kes ini ia sudah termasuk dalam
peringkat miskin kronik. Tidak kurang daripada mereka yang menetap di bandar.
Terlantar miskin di bandar berganda peritnya berbanding hidup miskin di kampung. – GAMBAR HIASAN
Kehidupan itu bukan sahaja bererti cukup makanan dan pakaian tetapi
juga keperluan-keperluan sosial yang lain terutamanya pendidikan kerana ia
mampu mengubah kehidupan seseorang, lebih-lebih lagi kepada generasi muda dalam
berdepan dengan tuntutan dunia kerjaya yang mencabar.
Pendidikan yang sempurna sangat penting dalam konteks menuju negara
maju. Walaupun kerajaan menyediakan pendidikan percuma di peringkat rendah dan
menengah kepada semua, tetapi kelas tuisyen dan buku-buku tambahan kini sudah
menjadi satu keperluan.
Justeru itu dalam situasi ketidakmampuan keluarga menyediakan keperluan
ini mungkin menyebabkan keciciran dalam pendidikan yang juga bererti ada
kebarangkalian generasi muda mewarisi kemiskinan kedua-dua ibu bapa mereka.
Kemiskinan ini akan berterusan apabila tiada usaha memutuskan rantaiannya dari
generasi ke generasi seterusnya.
Ketidakmampuan keluarga miskin bandar menyediakan keperluan asasi anak-anak boleh menyebabkan keciciran dalam pendidikan. – GAMBAR HIASAN
Masalah miskin bandar menuntut perhatian dan tindakan segera daripada
pihak yang berkaitan bagi mengekang konflik sosial yang akan timbul ekoran
daripada masalah ini.
Ini kerana apabila seseorang itu berasa tertekan dengan keadaan hidup,
dia mungkin bertindak di luar fikiran waras dan terlibat dalam jenayah.
Kerajaan memang telah banyak melakukan pelan tindakan untuk
mengeluarkan sebahagian warga kota yang tergolong dalam B40 yakni yang
pendapatan isi rumah RM3,860 ke bawah.
Secara teknikalnya golongan B40 terkeluar daripada Pendapatan Garis
Kemiskinan (PGK) bandar, tetapi hakikatnya mereka adalah golongan miskin
bandar.
Ini kerana PGK bandar bagi Semenanjung bermula dengan pendapatan isi
rumah RM940 dan ke bawah, sementara untuk Sabah (RM1,160) dan Sarawak
(RM1,040). Tetapi perlu difahami
definisi ‘pendapatan bulanan’ dalam PGK yang bermaksud jumlah kos untuk
mendapatkan makanan asas bagi isi rumah sahaja, bukan kos sara hidup yang lain.
Maka timbul persoalan apakah signifikannya PGK bandar dalam konteks
makna kehidupan bukan sahaja memerlukan makanan?
Antara pelan tindakan kerajaan ialah mengadakan Projek Perumahan Rakyat
(PPR) dan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur. Inisiatif ini memang sangat membantu warga kota yang terperangkap dalam
miskin bandar. Sewa yang dikenakan sangat berpatutan dan kadar ini sangat
munasabah dalam keadaan nilai hartanah yang melambung di Kuala Lumpur.
Bagaimanapun tidak semua bernasib baik mendapat PPR atau PPRT. Golongan ini terpaksa menyewa dengan kadar
semasa yang tinggi. Bagi keluarga yang
besar misalnya lima orang anak menjadikan tujuh ahli keluarga, keselesaan
apartmen kos sederhana tentu tidak terjamin.
Golongan B40 yang mempunyai ahli keluarga ramai terpaksa bersesak dalam
ruang kediaman yang kecil. Banyak kes
remaja berpeleseran dikesan kerana ketidakselesaan tempat tinggal, di mana
mereka berada di rumah hanya untuk tidur. Hal yang demikian boleh mencetuskan
satu permasalahan sosial dalam kalangan remaja.
Kos sara hidup di Kuala Lumpur bukan melibatkan makanan dan tempat tinggal sahaja, tetapi juga pengangkutan. – GAMBAR HIASAN
Bagaimanapun kita tidak boleh menyalahkan keluarga sepenuhnya kerana
tidak dapat menyediakan tempat tinggal yang selesa. Ini kerana kos sara hidup di Kuala Lumpur
bukan melibatkan makanan dan tempat tinggal sahaja, tetapi juga
pengangkutan. Bayaran ansuran bulanan
kereta dan kos bahan api dan tol mungkin menelan sepertiga gaji bulanan.
Walaupun sistem pengangkutan awam sebenarnya semakin baik, jauh lebih
baik berbanding sepuluh tahun lalu, kereta tetap menjadi keperluan kerana
sistem pengangkutan seperti Komuter, LRT dan MRT belum menyeluruh liputannya.
Tentulah tidak mungkin mereka dapat menyewa rumah yang sesuai dengan
kadar RM1,000 atau RM1,500 berdasarkan pendapatan isi rumah sekitar RM4,000
sebulan. Maka mereka terpaksa
mengorbankan keperluan sosial seperti menghantar anak-anak ke kelas tuisyen dan
buku-buku tambahan untuk menampung perbelanjaan utama keluarga.
Justeru itu masyarakat seharusnya tidak terlalu teruja dengan
cerita-cerita indah tentang kehidupan di Kuala Lumpur. Padahal kehidupan di
luar bandar, di kampung atau pekan kecil lebih menjanjikan keselesaan kerana
kos sara hidup yang jauh lebih rendah.
Walaupun upah atau gaji di luar bandar lebih kecil tetapi ini bertimbal
balik dengan kos sara hidup yang juga rendah.
Kehidupan di luar bandar lebih menjanjikan keselesaan kerana kos sara hidup yang jauh lebih rendah. – GAMBAR HIASAN
Sikap keterujaan umum terhadap Kuala Lumpur boleh dilihat pada setiap
kali perayaan Tahun Baru Cina atau Hari Raya Aidiladha. Kuala Lumpur yang saban hari sesak dengan
kenderaan tiba-tiba menjadi lengang dan sepi.
Kuala Lumpur ditinggalkan warganya kerana balik menyambut perayaan di
kampung halaman – di utara, selatan dan timur.
Keadaan ini menunjukkan sebahagian besar warga kota adalah penghijrah
dari luar Kuala Lumpur. Mereka bermastautin
di Kuala Lumpur untuk mengadu nasib atau mencari kehidupan baharu. Salah satu
sebabnya banyak peluang pekerjaan setaraf dengan kedudukannya sebagai ibu
negara.
Memang benar, dari bidang pekerjaan serendah buruh kasar hingga
profesional semuanya ada di Kuala Lumpur.
Tetapi kehidupan di Kuala Lumpur juga sangat menuntut kecekalan untuk
berdepan persaingan dan cabaran sengit.
Persaingan ini memungkinkan ada kalah dan menangnya. Maka tidak semua mimpi-mimpi indah tergapai tangan di perut kota raya yang pesat ini. Maka sisi pahitnya perlu difikir juga apabila terperangkap dalam miskin bandar. Terlantar miskin di bandar berganda peritnya berbanding hidup miskin di kampung. – WILAYAHKU, 22-28 Feb
*ROZAIS AL-ANAMY adalah penulis sastera dan penulis bebas di akhbar, majalah dan portal di Malaysia.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager