PARLIMEN IRAQ LULUS RESOLUSI TAMATKAN KEHADIRAN TENTERA ASING

Last Updated on

4

BAGHDAD: Parlimen Iraq pada Ahad meluluskan resolusi supaya kerajaan menamatkan kehadiran tentera asing di negara itu dan memastikan pihak terbabit tidak menggunakan wilayah darat, udara dan air untuk apa-apa sebab.

“Kerajaan memberikan komitmen untuk menarik balik permintaannya meminta bantuan pakatan antarabangsa untuk menentang IS ekoran berakhirnya operasi tentera dan kejayaan dicapai,” demikian menurut resolusi itu dipetik agensi berita Reuters.

“Kerajaan Iraq mesti berusaha untuk menamatkan sebarang kehadiran tentera asing di tanah Iraq dan melarang mereka dari menggunakan wilayah darat, udara dan air untuk apa-apa sebab”.

Resolusi Parlimen adalah tidak bersifat mengikat, sepertimana undang-undang, ke atas kerajaan, tetapi Perdana Menteri Iraq, Adel Abdul Mahdi sebelum ini meminta Parlimen untuk memastikan penamatan kehadiran trup tentera asing. — Terjemahan AlHijrah Online

Leave a Reply