Penyandang kerusi Parlimen P.125 Putrajaya dari Barisan Nasional Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyerahkan borang penamaan calon untuk bertanding bagi Parlimen Putrajaya pada PRU-15. Datuk Dr Radzi Jidin antara pencabarnya. —fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Penyandang kerusi Parlimen Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berdepan saingan sengit untuk mempertahankan kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), 19 Nov ini.
Buat kali pertama sejak kerusi itu dipertandingkan pada 2004, Parlimen Putrajaya menyaksikan pertembungan enam penjuru antara Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH), Pejuang dan dua calon bebas.
Selepas proses penamaan calon di Dewan Kompleks Kejiranan Presint 9 tamat pada 10 pagi, Pegawai Pengurus Pilihan Raya Putrajaya Shamshul Joehari Zainal Mokhtar mengumumkan enam calon layak bertanding, dengan semua borang pencalonan diterima tanpa sebarang bantahan.
Enam calon itu adalah Tengku Adnan (BN-UMNO), Naib Presiden Bersatu Datuk Dr Radzi Jidin (PN-Bersatu), Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz (PH-PKR), Timbalan Presiden Berjasa Datuk Mohd Rosli Ramli yang menggunakan logo Pejuang, serta dua calon bebas iaitu Lim Fice Bee dan Samsudin Mohamad Fauzi.
Pada pilihan raya sebelum ini, saingan Parlimen Putrajaya yang lazimnya melihat pertandingan satu lawan satu menyaksikan pertembungan tiga penjuru pada PRU14, dengan Tengku Adnan terus mengekalkan kerusi apabila menang dengan majoriti 3,372 undi.
Parlimen Putrajaya, yang merupakan kawasan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan, mempunyai pengundi berdaftar berjumlah 42,881 orang.
Tengku Adnan ketika ditemui pemberita menyifatkan pertembungan enam penjuru kali ini adalah suatu yang luar jangka.
“Saya terkejut biasa satu lawan satu dan terakhir pada PRU14 ada tiga penjuru tetapi kali ini banyak… ini hak masing-masing dan kita negara demokrasi.
“Siapa nak tawarkan diri boleh tawarkan diri dan yang penting siapa yang boleh beri perkhidmatan, keselesaan dan kemakmuran kepada rakyat,” katanya.
Sementara itu, Radzi berkata beliau dan jentera PN hanya akan fokus terhadap kekuatan sendiri, berbanding memikirkan kepada soal calon lain yang bertanding.
“Alhamdulillah proses penamaan hari ini berjalan lancar… sekarang fokus kepada jentera pada PRU15,” katanya. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 Nov sebagai tarikh pengundian manakala pengundian awal pada 15 Nov. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager