Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PARTI BURUH UK MENANG MAJORITI PARLIMEN, SUNAK AKUR KALAH

DUNIA

PARTI BURUH UK MENANG MAJORITI PARLIMEN, SUNAK AKUR KALAH

Starmer akan menggantikan Rishi Sunak sebagai perdana menteri baharu berdasarkan keputusan ini.

Keir Starmer (kiri) dan Rishi Sunak -foto AFP

LONDON: Parti Buruh United Kingdom telah memenangi pilihan raya parlimen selepas mencapai 326 kerusi yang diperlukan untuk majoriti di Dewan Rakyat, lapor Agensi Anadolu.

Parti itu memenangi 363 kerusi setelah 527 daripada 650 kawasan telah mengumumkan keputusan.

Bercakap selepas kemenangan pada pagi Jumaat, ketua Parti Buruh, Keir Starmer berkata “perubahan bermula sekarang.”

“Kita berjaya!”

“Anda berkempen untuknya, anda berjuang untuknya, anda mengundi untuknya dan kini ia telah tiba.

“Perubahan bermula sekarang,” kata Starmer kepada ahli partinya.

Hasil tinjauan sebelum ini mengunjurkan Parti Buruh memenangi 410 kerusi, Konservatif (131), Liberal Demokrat (61) dan Reform UK (13).

Starmer akan menggantikan Rishi Sunak sebagai perdana menteri baharu berdasarkan keputusan ini.

Sunak dijangka menyampaikan ucapan perpisahan di Downing Street pada pagi ini sebelum menghadap Raja Charles III secara rasmi untuk menyerahkan peletakan jawatannya sebagai perdana menteri.

Jutaan pengundi di seluruh UK telah melaksanakan tanggungjawab mereka untuk memilih 650 Ahli Parlimen (MP) ke Dewan Rakyat.

Parti Konservatif berhaluan kanan telah memerintah negara itu sejak 2010 selepas memenangi pilihan raya umum pada 2015, 2017 dan 2019. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading