Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS BURU SUSPEK KES PECAH CERMIN KERETA DI LRT AWAN BESAR

DALAM NEGARA

POLIS BURU SUSPEK KES PECAH CERMIN KERETA DI LRT AWAN BESAR

Polis sedang mengesan suspek yang memecahkan enam cermin kereta yang diparkir di tepi jalan kawasan Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Awan Besar, Bukit Jalil.

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan suspek yang memecahkan enam cermin kereta yang diparkir di tepi jalan kawasan Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Awan Besar, Bukit Jalil di sini.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Ravindar Singh Sarban Singh berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian berkenaan Selasa lepas dan siasatan mendapati kesemua kenderaan terbabit diparkir oleh pemilik masing-masing bermula kira-kira 3 petang pada Isnin.

“Beberapa bahagian cermin kereta terbabit dipecahkan oleh suspek yang masih bebas sebelum disedari oleh pemilik kenderaan pada keesokan harinya,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Ravindar Singh berkata orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau balai polis berhampiran.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan siasatan terperinci sedang dilakukan berhubung kejadian berkenaan.

Hari ini tular di media sosial video berdurasi 47 saat memaparkan cermin beberapa kereta di tepi jalan kawasan LRT Awan Besar, Bukit Jalil, dipecahkan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading