PASUKAN PENGAMAN DAN MISI PBB BERI AMARAN MENGENAI ‘KEBAKARAN BESAR’ ANTARA ISRAEL DAN HIZBULLAH
BEIRUT: Misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan memberi amaran pada Ahad mengenai “kebakaran besar” antara Israel dan Hizbullah susulan serangan maut di Bandar Majdal Shams di Bukit Golan yang diduduki.
Penduduk di Bandar Majdal Shams di Bukit Golan yang diduduki melihat kesan serangan yang membunuh 12 orang di sana. – AFP
BEIRUT: Misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan memberi amaran pada Ahad mengenai “kebakaran besar” antara Israel dan Hizbullah susulan serangan maut di Bandar Majdal Shams di Bukit Golan yang diduduki.
Agensi Anadolu melaporkan Penyelaras Khas PBB untuk Lubnan (UNSCOL) Jeanine Hennis-Plasschaert, dan Ketua Pasukan Interim PBB di Lubnan (UNIFIL) Jeneral Aroldo Lazaro Saenz dalam kenyataan bersama mengutuk “kematian orang awam – kanak-kanak dan remaja – di Majdal Shams.”
Mereka menggesa “pihak-pihak yang terlibat untuk menahan diri secara maksimum dan menghentikan pertukaran tembakan yang semakin intensif.”
“Ia boleh mencetuskan kebakaran besar yang lebih meluas dan akan melibatkan seluruh rantau dalam malapetaka yang sukar dipercayai,” kata mereka.
Anadolu juga melaporkan pihak berkuasa Israel berkata sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan 35 cedera apabila roket mengenai padang bola sepak di Bandar Druze di Majdal Shams, bahagian utara Bukit Golan.
Israel menuduh Hizbullah bertanggungjawab atas serangan itu, tetapi kumpulan dari Lubnan itu menafikan penglibatan mereka.
Israel dan Hizbullah telah bertukar tembakan rentas sempadan sejak konflik Gaza pada bulan Oktober, yang menimbulkan kebimbangan mengenai perang besar-besaran.
Susulan serangan itu, Mesir memberi amaran mengenai bahaya membuka medan perang baharu di Lubnan, yang menurutnya boleh menyebabkan rantau ini tergelincir ke dalam peperangan serantau yang menyeluruh.
“Mesir menekankan kepentingan menyokong Lubnan, rakyatnya dan institusinya serta menjauhkannya daripada kesengsaraan perang.
“Mesir juga menyeru kuasa-kuasa berpengaruh dalam komuniti antarabangsa untuk campur tangan segera bagi mengelakkan rakyat di rantau ini daripada akibat buruk yang lebih teruk daripada perkembangan konflik, yang boleh mengancam keamanan dan keselamatan antarabangsa,” menurut kenyataan daripada Kementerian Luar Mesir. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked