KETEGANGAN DI BANGLADESH: PELAJAR BOLEH SAMBUNG PENGAJIAN DI MALAYSIA ATAU SEBALIKNYA
IPOH: Pelajar Malaysia yang telah dibawa pulang dari Bangladesh akan diberi pilihan sama ada mahu menyambung pengajian mereka di dalam negara atau kembali ke negara itu sekiranya keadaan kembali aman, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
Gambar fail Warga Malaysia dari Bangladesh selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 pada 23 Julai 2024.
IPOH: Pelajar Malaysia yang telah dibawa pulang dari Bangladesh akan diberi pilihan sama ada mahu menyambung pengajian mereka di dalam negara atau kembali ke negara itu sekiranya keadaan kembali aman, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
Beliau berkata pihaknya telah mengarahkan supaya satu perbincangan lebih lanjut dilaksanakan bersama pelajar-pelajar berkenaan dari segi hala tuju mereka selepas ini.
“Kita akan tengok bagaimana kedudukan mereka ketika ini, apa pilihan mereka kalau nak sambung di dalam negara (atau tidak) tetapi bagaimanapun kita nak kena tengok dari segi kelayakan, kedudukan dan subjek yang mereka ambil dan sebagainya.
“Kita mahu mereka diberi kaunseling atau berjumpa dengan pegawai-pegawai kita untuk kita mengetahui kedudukan mereka,” katanya kepada pemberita selepas sesi libat urus sempena Persidangan Pemikiran dan Tamaduan Islam Sedunia (WCIT) 2024 di sini.
Ribuan pelajar di Bangladesh mengadakan demonstrasi sejak 1 Julai lepas ekoran keputusan mahkamah mengembalikan kuota untuk pekerjaan awam yang telah dimansuhkan pada 2018 dan kesan daripada demonstrasi itu mengorbankan lebih 130 nyawa.
Susulan itu, seramai 123 rakyat Malaysia termasuk 80 pelajar telah dibawa pulang dari Bangladesh menerusi penerbangan khas atas arahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 23 Julai lepas.
Mengenai WCIT 2024, Zambry berkata persidangan itu diharap dapat menghasilkan resolusi dan formula dalam menangani isu global terutama melibatkan keamanan dunia.
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke persidangan itu esok dan dijadual turut dihadiri Anwar.
Dianggarkan lebih 1,000 peserta terdiri daripada ulama, pemimpin, intelektual, profesional dan masyarakat akan menghadiri persidangan itu pada esok hingga 31 Julai di Casuarina Meru di sini. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked