Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PELANTIKAN HAKIM MAHKAMAH ATASAN PERLU CERMAT, ELAK DIPOLITIKKAN – ISTANA NEGARA

DALAM NEGARA

PELANTIKAN HAKIM MAHKAMAH ATASAN PERLU CERMAT, ELAK DIPOLITIKKAN – ISTANA NEGARA

Pelantikan hakim-hakim mahkamah atasan merupakan urusan kenegaraan yang penting dan perlu ditangani dengan cermat serta berintegriti, selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, menurut Istana Negara.

KUALA LUMPUR: Pelantikan hakim-hakim mahkamah atasan merupakan urusan kenegaraan yang penting dan perlu ditangani dengan cermat serta berintegriti, selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, menurut Istana Negara.

Menerusi kenyataan hari ini, Istana Negara memaklumkan mengikut Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan, pelantikan hakim dibuat oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.

“Perkara ini secara jelasnya menzahirkan prinsip semak dan imbang dalam sistem kehakiman negara.

“Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 [Akta 695] merupakan undang-undang yang memperuntukkan proses pemilihan calon hakim, namun kuasa untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong adalah terletak kepada Perdana Menteri,” menurut kenyataan itu.

Istana Negara menegaskan bahawa hal ehwal pelantikan di bawah Perlembagaan Persekutuan perlu ditangani secara sah agar pelaksanaan kuasa oleh Yang di-Pertuan Agong tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

1 Comment

1 Comment

  1. Anonymous

    11 July 2025 at 11:05 AM

    Mahkamah Persekutuan mensabit dan menghukum pesalah.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading