Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEMANDU HILUX MAUT KENDERAAN DIHEMPAP POKOK

DALAM NEGARA

PEMANDU HILUX MAUT KENDERAAN DIHEMPAP POKOK

Seorang lelaki maut selepas kereta jenis pacuan empat roda dipandunya telah dihempap sebatang pokok, dalam kejadian di Jalan Batang Kali, di Hulu Selangor, petang tadi.

HULU SELANGOR: Seorang lelaki maut selepas kereta jenis pacuan empat roda dipandunya telah dihempap sebatang pokok, dalam kejadian di Jalan Batang Kali, di sini, petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 2:14 petang tadi sebelum tiba di lokasi kejadian pada 2:35 petang.

“Setibanya anggota di lokasi kejadian mendapati sebatang pokok telah tumbang dan menghempap sebuah kenderan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux.

“Kejadian melibatkan seorang mangsa lelaki warga tempatan dan didapati meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya kerja-kerja mengeluarkan mangsa sedang dijalankan sebelum menyerahkan mangsa kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading