Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEMANDU TRELER REMPUH 13 KENDERAAN DI PUTRAJAYA DIDAKWA ISNIN

DALAM NEGARA

PEMANDU TRELER REMPUH 13 KENDERAAN DI PUTRAJAYA DIDAKWA ISNIN

Pemandu treler yang merempuh 13 kenderaan lain dalam kemalangan di KM5.7 Jalan Persiaran Utara menghala Puchong sehingga menyebabkan dua penunggang motosikal maut, akan didakwa di Mahkamah Majistret Putrajaya, Isnin ini.

Sumber Gambar: BERNAMA

PUTRAJAYA: Pemandu treler yang merempuh 13 kenderaan lain dalam kemalangan di KM5.7 Jalan Persiaran Utara menghala Puchong sehingga menyebabkan dua penunggang motosikal maut, akan didakwa di Mahkamah Majistret Putrajaya, Isnin ini.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP A. Asmadi Abdul Aziz berkata pemandu berusia 29 tahun itu akan dituduh mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Reman dilanjutkan dua hari untuk OKT (Orang Kena Tuduh) terus dibawa ke mahkamah untuk pertuduhan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sebelum ini, pemandu berkenaan direman empat hari bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Dalam kejadian kira-kira 10.14 pagi Rabu lalu, dua penunggang motosikal maut, manakala tujuh individu cedera apabila sebuah treler merempuh 13 kenderaan di Persiaran Utara, dekat sini.

Kejadian berlaku apabila kesemua kenderaan terlibat berhenti untuk memberi laluan kepada latihan konvoi Le Tour de Langkawi (LTDL) di lokasi kejadian.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading