Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEMOTONG RUMPUT MENGAKU BERSALAH CABUL CUCU SAUDARA

DALAM NEGARA

PEMOTONG RUMPUT MENGAKU BERSALAH CABUL CUCU SAUDARA

Seorang pemotong rumput dijatuhkan hukuman penjara 24 bulan serta dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Terengganu atas kesalahan mencabul cucu saudara yang berusia 15 tahun.

KUALA TERENGGANU: Seorang pemotong rumput dijatuhkan hukuman penjara 24 bulan serta dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, atas kesalahan mencabul cucu saudara yang berusia 15 tahun.

Hakim Nooriah Osman membuat keputusan tersebut selepas tertuduh berusia 46 tahun mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Mengikut fakta kes, tertuduh melakukan perbuatan tersebut di ruang tamu sebuah rumah di Kampung Bukit Gasing, Marang pada 16 Januari 2022 jam 4 petang.

Mahkamah menetapkan hukuman penjara ke atas tertuduh berkuat kuasa pada tarikh tangkapan 17 Januari 2022.

Selain itu, mahkamah turut mengarahkan tertuduh menjalani pengawasan polis selama dua tahun sebaik sahaja tertuduh selesai menjalani hukuman penjara.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Intan Nor Hilwani Mat Rifin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading