Dr Mohd Azraai (tengah) memotong riben sebagai simbolik perasmian pembukaan laluan utama UiTM Cawangan Selangor.
PUNCAK ALAM – Penantian lebih 10 tahun untuk menikmati kemudahan laluan utama Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam akhirnya dapat direalisasikan dengan pembukaannya, hari ini.
Naib Canselor UiTM, Profesor Ir Dr Mohd Azraai Kassim berkata,
pembinaan jalan masuk utama UiTM Kampus Puncak Alam ini adalah
sebahagian daripada skop Projek Private Funding Initiative (PFI)
melibatkan Kompleks Alam Bina dan Seni Reka.
“Bangunan Kompleks Alam Bina dan Seni Reka siap sepenuhnya dan diserahkan kepada UiTM pada 10 Disember 2015 lalu, tetapi pembinaan jalan masuk tidak dapat disiapkan mengikut jadual atas beberapa sebab dan isu teknikal.
“Alhamdulillah pada 19 Februari lalu surat kelulusan untuk pembukaan
jalan dikeluarkan JKR Kuala Selangor sekali gus menamatkan penantian
warga UiTM dan komuniti setempat,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Pintu Masuk Utama UiTM Cawangan Selangor, hari ini bersama Rektor UiTM Cawangan Selangor, Profesor Datuk Dr Abu Bakar Abdul Majeed.
Hadir sama, Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Rahilah Rahmat dan Jurutera Daerah JKR Kuala Selangor, Ir Muhammad Yusri Hamid.
Dr
Mohd Azraai berkata, pembukaan pintu masuk utama UiTM Kampus Puncak Alam
ini amat dinantikan warga kampus kerana dapat menyediakan akses dari
Persiaran Mokhtar Dahari dan mengurangkan aliran trafik waktu puncak.
“Selain itu, dapat memendekkan jarak perjalanan warga Kompleks Alam Bina dan Seni Reka sehingga sembilan kilometer jika menggunakan akses terus daripada pintu masuk Utama.
“Insya-ALLAH, laluan ini akan memudahkan urusan dan meringkaskan perjalanan dalam usaha kita melunaskan amanah dan tanggungjawab seharian,” katanya.
Mengulas
lanjut mengenai pembangunan UiTM itu katanya, progres dibangunkan dengan
teliti dan terancang mengikut pelan pembangunan berdasarkan Rancangan
Malaysia yang diperbaharui setiap lima tahun sekali.
“Sehubungan
itu, dengan peningkatan pelajar yang ketara dari semasa ke semasa,
perancangan terhadap pembangunan sedia ada ini perlu dirancang dengan
teliti bagi mewujudkan suasana kampus yang mampan.
“UiTM Kampus
Puncak Alam mempunyai pelan induk kampus yang terancang yang diluluskan
Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Selangor pada 2002 lalu.
“Perancangan kampus juga mengambil kira pembangunan yang lebih ekonomik dengan mengekalkan ciri estetika semula jadi serta kehidupan lebih harmoni, seterusnya menjadi pemangkin pembangunan sosioekonomi masyarakat setempat,” katanya. – SINAR HARIAN
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.