PENDEKATAN ESG LZS PERKASA PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI ASNAF
Prinsip ESG telah lama direalisasikan menerusi projek berimpak tinggi termasuk Projek Agroekonomi Asnaf di Bukit Beruntung dan Jugra yang menggabungkan elemen pembangunan modal insan dengan kelestarian alam.
SHAH ALAM : Lembaga Zakat Selangor (LZS) kini melaksanakan pendekatan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) sebagai strategi jangka panjang yang merangkumi pembangunan ekonomi mampan, kebajikan sosial dan pengukuhan integriti organisasi.
Pendekatan ini dilihat sangat relevan dalam mendepani cabaran semasa seperti perubahan iklim, isu kemiskinan bandar yang semakin mendesak serta pengurusan risiko bencana alam di negara ini.
Ketua Pegawai Korporat dan Projek Khas LZS, Ariffa Ariffin berkata, prinsip ESG telah lama direalisasikan menerusi projek berimpak tinggi termasuk Projek Agroekonomi Asnaf di Bukit Beruntung dan Jugra yang menggabungkan elemen pembangunan modal insan dengan kelestarian alam.
Projek pertanian seluas 110 ekar tersebut menggunakan teknologi hijau seperti tenaga solar, sistem penuaian air hujan dan kenderaan elektrik bagi menyokong operasi penanaman cili oleh 48 peserta asnaf yang disasarkan menjana pendapatan RM4,000 sebulan.
“Kita bagi asnaf ini tiga tahun supaya dia dah dapat ilmu, dia balik ke rumah dia dan dia buat tanaman ni dekat tempat sesuai seperti di belakang rumah dia.
“Selepas dalam tiga tahun mereka belajar kita beri peluang dan ambil asnaf lain untuk belajar teknik penanaman,” jelasnya.
Sementara itu LZS turut memperkenalkan Pusat Inovasi dan Pembelajaran Al-Biruni yang menyediakan bimbingan akademik dan agama selepas waktu sekolah bagi memastikan anak-anak asnaf tidak tercicir dalam pendidikan.
“Kita buka Pusat Inovasi Kanak-Kanak dari pukul 2.00 petang lepas sekolah sampai 10.00 malam dan di situ mereka belajar mengaji, membaca, mengira serta menulis,” kata Ariffa mengenai operasi pusat tersebut yang kini turut diperluaskan ke PPR Ara Damansara.
Dalam aspek pengurusan bencana pula, LZS telah menyalurkan bantuan berjumlah lebih RM46 juta dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini bagi meringankan beban mangsa banjir, ribut dan tanah runtuh di seluruh Selangor.
LZS dalam perancangan untuk membangunkan konsep ‘safe house’ bagi memastikan bantuan segera disalurkan terutama ketika bencana berlaku
“Bila kita dapat berita berlaku musibah di sesuatu kawasan itu, kita akan gerakkan terus pasukan kita untuk selamatkan asnaf kerana objektif utama adalah untuk mengurangkan impak,” kata Ariffa.
Langkah kesiapsiagaan bencana ini merupakan sebahagian daripada komitmen LZS dalam melindungi kelestarian hidup golongan asnaf.
Kesemua inisiatif ini menjadi bukti komitmen LZS dalam memastikan bantuan zakat tidak hanya bersifat bantuan segera, tetapi juga merangkumi strategi jangka panjang. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked