Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JAWI DIARAH SIASAT LELAKI TEMPATAN BERPAKAIAN MENYERUPAI WANITA DI MAJLIS BERTARAF ANTARABANGSA

DALAM NEGARA

JAWI DIARAH SIASAT LELAKI TEMPATAN BERPAKAIAN MENYERUPAI WANITA DI MAJLIS BERTARAF ANTARABANGSA

Perbuatan itu mengundang reaksi negatif masyarakat dan disifatkan sebagai mencabar sensitiviti agama serta norma budaya di Malaysia.

KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) diarahkan untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung kes tular seorang lelaki warganegara tempatan berpakaian menyerupai wanita semasa menghadiri sebuah majlis bertaraf antarabangsa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata, perbuatan itu mengundang reaksi negatif masyarakat dan disifatkan sebagai mencabar sensitiviti agama serta norma budaya di Malaysia.

Katanya, perbuatan menyerupai jantina lain adalah bercanggah dengan syariat Islam dan tidak wajar dinormalisasikan dalam masyarakat.

“Saya telah mengarahkan pihak JAWI untuk menjalankan siasatan lanjut dan mengambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

“JAWI juga diminta bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi menurunkan kandungan berkaitan di media sosial,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, Zulkifli berkata pendekatan dakwah dan pencegahan akan terus diperkukuh melalui khutbah, program keagamaan dan penyampaian di media sosial bagi meningkatkan kefahaman masyarakat serta memelihara keharmonian dan nilai budaya negara.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading