Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENERBANGAN MH122 BERPATAH BALIK: LELAKI DIDAKWA SELEPAS CETUS GANGGUAN

DALAM NEGARA

PENERBANGAN MH122 BERPATAH BALIK: LELAKI DIDAKWA SELEPAS CETUS GANGGUAN

Menurut kenyataan dikeluarkan Polis Persekutuan Australia (AFP), lelaki berasal dari Canberra itu berdepan pertuduhan kerana membuat kenyataan palsu mengenai ugutan untuk merosakkan pesawat Divisyen 3 dan gagal mematuhi arahan keselamatan kru kabin.

Tangkap layar daripada video tular.

SYDNEY: Seorang lelaki berusia 45 tahun didakwa pada Selasa selepas menganggu penerbangan antarabangsa dari Australia ke Malaysia.

Menurut kenyataan dikeluarkan Polis Persekutuan Australia (AFP), lelaki berasal dari Canberra itu berdepan pertuduhan kerana membuat kenyataan palsu mengenai ugutan untuk merosakkan pesawat Divisyen 3 dan gagal mematuhi arahan keselamatan kru kabin, lapor Xinhua.

Jika sabit kesalahan masing-masing boleh membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dan denda melebihi 15,000 dolar Australia (kira-kira AS$9,727).

Lelaki itu dijangka tampil di Mahkamah Tempatan Pusat Downing juga pada Selasa.

Sebuah penerbangan Malaysia Airlines berlepas dari Sydney pada kira-kira 1 tengah hari waktu tempatan menuju ke Kuala Lumpur pada Isnin tetapi terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney pada 3.45 petang waktu tempatan.

“Semasa penerbangan, penumpang lelaki itu didakwa mencetuskan gangguan dan mendakwa membawa bahan letupan. AFP menahan lelaki itu tanpa sebarang insiden,” menurut polis persekutuan. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading