Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

Pengganas Christchurch mengaku tidak bersalah

DUNIA

Pengganas Christchurch mengaku tidak bersalah


Brenton Tarrant sewaktu kehadirannya pertama kali di mahkamah pada Mac lalu. FOTO BBC

WELLINGTON – Pengganas Brenton Tarrant yang bertanggungjawab dalam tragedi pembunuhan beramai-ramai di dua buah masjid di Christchurch mengaku tidak bersalah hari ini atas beberapa tuduhan membunuh serta aktiviti keganasan.

Beliau yang menerima 51 pertuduhan membunuh, 40 pertuduhan cubaan membunuh dan terbabit dalam aktiviti keganasan susulan tragedi pembunuhan beramai-ramai pada 15 Mac lalu di bandar South Island akan dibicarakan pada tahun depan.

Menurut laporan yang dikeluarkan BBC, sewaktu muncul menerusi rangkaian audio visual dari penjara, Tarrant hanya membisu ketika peguamnya, Shane Tait memberitahu bahawa tertuduh mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan.

Mahkamah juga diberitahu bahawa pemeriksaan mental ke atas tertuduh mendapati dia sihat untuk menjalani perbicaraan.

Hakim Cameron Mander menetapkan 4 Mei tahun depan sebagai tarikh perbicaraan manakala Tait berkata, ia dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya enam minggu.

Tarrant berada dalam tahanan sementara menanti tarikh 15 Ogos untuk hadir semula di mahkamah bagi menghadiri sesi penilaian kes.

Kes Tarrant ini merupakan dakwaan keganasan yang pertama di New Zealand.

Mander juga melarang semua agensi berita dari merakam foto atau video penampilan Tarrant dan mengarahkan mereka menggunakan imej dari sesi pendengaran terdahulu iaitu pada April lalu.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading