PENGUMUMAN KHAS PM 2.30 PETANG INI

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membuat pengumuman khas petang ini, dan ia digelar ‘Perutusan Khas Kita Prihatin’.

Poster tentang pengumuman khas itu mula tular jam 10.40 pagi tadi melalui sumber-sumber rasmi kerajaan.

Perutusan Khas itu dibuat jam 2.30 petang ini menerusi saluran TV utama tanah air. Manakala siaran ulangannya pada jam 9 malam ini.

Desas desus mendakwa ia ada kaitan dengan musim Pilihan Raya Negeri Sabah yang sedang diadakan ketika negeri berkenaan mencatat penularan kes COVID-19 yang tinggi ketika ini. – AlHijrah Online

Leave a Reply