PM UMUM BPN 2.0

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin umum Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 yang akan mula disalurkan kepada rakyat bermula Oktober 2020.

Jelas Muhyiddin keluarga di bawah kumpulan B40 akan menerima tunai RM1,000 manakala golongan bujang B40 akan menerima RM500.

Bagi keluarga dalam kategori M40, jumlah BPN 2.0 yang layak adalah RM600.

Manakala bujang dalam kategori M40 akan menerima RM300.

Ujar Muhyiddin, bayaran BPN akan dibuat secara ansuran pada hujung Oktober 2020 dan Januari 2021.

Katanya bagi keluarga B40, RM700 akan disalurkan pada bulan hadapan manakala baki RM300 disalurkan pada Januari 2021.

Muhyiddin berkata BPN 2.0 diharap dapat membantu perbelanjaan harian penerima.

Katanya kerajaan memperuntukkan RM7 bilion untuk BPN 2.0.

Beliau berkata demikian dalam Perutusan Khas Kita Prihatin hari ini. — AlHIjrah Online

Leave a Reply