Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JAWI SARAN LAKSANA SOLAT HAJAT DOAKAN KESEJAHTERAAN YDPA

DALAM NEGARA

JAWI SARAN LAKSANA SOLAT HAJAT DOAKAN KESEJAHTERAAN YDPA

KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyarankan masjid, surau Jumaat dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan melaksanakan solat hajat bagi mendoakan kesejahteraan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pengarah JAWI, Mohd Ajib Ismail berkata solat hajat itu disaran dilaksanakan selepas solat Maghrib pada 23 September 2020 (Rabu).

“Sebagaimana dimaklumi, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sedang menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

“Marilah kita semua berdoa agar Allah SWT mengurniakan kesembuhan dan keafiatan yang berpanjangan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku serta baginda sentiasa berada di bawah riayah dan perlindungan Allah SWT,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Semalam, Istana Negara memaklumkan Al-Sultan Abdullah dimasukkan ke Wad Diraja IJN selepas mengadu kurang selesa dengan kesihatannya. — AlHijah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading