Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENIAGA PUTIH MATA, SEMBILAN RUMAH KEDAI TERBAKAR

DALAM NEGARA

PENIAGA PUTIH MATA, SEMBILAN RUMAH KEDAI TERBAKAR

ALOR SETAR: Sembilan peniaga di Jalan Tunku Abdul Halim terpaksa berputih mata setelah sederet rumah kedai yang menjadi lokasi perniagaan mereka musnah dalam kejadian kebakaran petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain telah menggerakkan empat buah pasukan bomba dari Jalan Raja dan Jalan Tun Razak ke lokasi bersama enam jentera.

Operasi tersebut disertai Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Alor Mengkudu, PBS Seberang Nyonya, PBS Mutiara, PBS Jalan Kundor, PBS Kilang Tebu, PBS Kuala Kedah, PBS Simpang Empat, PBS Kampung Berjaya, PBS Kota Sarang Semut dan PBS Kampung Baru Rangkaian Simpang Empat.

“Api marak dengan cepat berikutan rumah kedai itu diperbuat dengan kayu dan papan, menyebabkan peniaga tidak sempat menyelamatkan barangan niaga mereka,” katanya.

Pihak bomba mengambil masa lebih 20 minit untuk mengawal api daripada merebak ke premis bersebelahan dan hadapan.

Ketika kejadian berlaku, kesemua mangsa berjaya menyelamatkan diri selepas mendengar jeritan orang awam yang terlihat kepulan asap tebal di langit.

Punca dan nilai kerugian masih dalam siasatan.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading