PENUBUHAN KHATIBAH NUSANTARA PUNCA IS MENGGANAS DI ASIA TENGGARA

BAHRUN NAIM

Pada Januari 2015, Ketua Polis Jakarta, Jeneral Tito Karnavian mendedahkan, pejuang IS Indonesia, Bahrun Naim mendalangi serangan bom terbaharu di Jakarta.

Bekas pemilik Kafe Siber itu mengarahkan serangan di Jalan Thamrin, Jakarta dari Raqqa, Syria sebagai usaha menjadi pemimpin militan IS Asia Tenggara. Serangan 10.30 pagi 14 Januari itu berlaku kerana Bahrun mahu menyaingi Abu Sayyaf yang turut melobi untuk mengetuai IS Asia Tenggara.
Ini berlaku berikutan baiah taat setia serentak Jemaah Islamiah (JI) Indonesia dan militan Abu Sayyaf Filipina dengan Abu Bakar Baghdadi selaku Khalifah IS di Iraq dan Syria.
Bahrun disokong dua lagi pengganas JI Indonesia, Bahrumsyah dan Abu Jandal. Bahrun mahu mengetuai Khatibah Nusantara dan memimpin IS di Asia Tenggara.

ABUSAYYAF
“Di Filipina, Abu Sayyaf juga mahu menyaingi Bahrun,” kata Tito di Pejabat Presiden, Jakarta.
Bahrun, 37, kelahiran Solo, pernah ditahan pada 2011 kerana memiliki senjata api dan dipenjara tiga tahun. Pada 2014, selepas dibebaskan, Bahrun ke Syria menyertai IS. Bahrun juga dipercayai turut berpengaruh terhadap 200 pengganas IS Malaysia yang berada di Syria dan Iraq.
Khatibah Nusantara ialah negara IS Asia Tenggara yang merangkumi Indonesia, Borneo, Malaysia, Singapura, Selatan Filipina dan Selatan Thailand. Saingan Bahrun menyebabkan Abu Sayyaf di Selatan Filipina turut meningkatkan aktiviti militan melalui penculikan dan pembunuhan tahanan.

SEA

Secara persenjataan dan keupayaan mencetuskan serangan strategik, Abu Sayyaf lebih ganas berbanding JI Indonesia. Namun, Abu Sayyaf tidak mendapat sokongan politik di Filipina kerana kedudukan Moro Islamic Liberation Army (MILF) jauh lebih berpengaruh dengan memiliki lebih 10 ribu anggota bersenjata. Malah, MILF pimpinan Murad Ibrahim diiktiraf Manila sebagai wakil Bangsamoro dalam Rundingan Damai Autonomi Mindanao. Jadi, untuk mengukuhkan kedudukan, militan Abu Sayyaf memerlukan sokongan Abu Bakar dan IS di Asia Barat.
Tindakan penculikan yang begitu kerap, malah nekad merentas sempadan perairan Malaysia dan Indonesia, membuktikan Abu Sayyaf benar-benar mahu diiktiraf sebagai Khalifah Kerajaan Khatibah Nusantara.

 

Berbanding JI Indonesia, keupayaan dan pengalaman militan Abu Sayyaf bergerak secara perang gerila dan mendapat puluhan juta ringgit hasil penculikan menyebabkan Bahrun agak terkebelakang walaupun berada bersama pemimpin IS Asia Barat. Kesan persaingan dua kumpulan ini menyebabkan Malaysia menerima kesan jenayah keselamatan yang dahsyat.

Krisis demi krisis penculikan meletakkan kawasan 1400 kilometer pantai Sabah sebagai kawasan sasaran penculikan.
Manakala bahaya tambahan pula, ialah keupayaan Bahrun menggunakan pengaruhnya untuk melancarkan serangan di negara ini.

Video ugutan pengganas IS kelahiran Negeri Sembilan, Mohd. Rafi Udin yang tersebar pada 22 Jun lalu, satu bukti perkembangan terkini yang ada kaitan dengan persaingan dua gerakan militan ini.


Berdasarkan rekod, Bukit Aman berjaya membanteras sembilan percubaan IS negara ini melancarkan serangan awam membabitkan rampasan 50 kilo bahan letupan.
Ini petanda isu keselamatan awam sudah berada di tahap kritikal sejak tiga tahun kebelakangan ini.


Menurut Ketua Bahagian Counter Terorism Bukit Aman, Datuk Ayub Khan Maidin Pitchay: “Buat masa ini polis sentiasa selangkah di hadapan pengganas IS. Namun, sekiranya IS selangkah ke hadapan, padahnya amat besar!”
Hingga kini, 20 pengganas IS Malaysia disahkan terkorban di Syria dengan enam terbabit sebagai pengebom bunuh diri.

Manakala 193 ditahan atas pelbagai kegiatan yang mengancam keselamatan negara.

Leave a Reply