PUTRAJAYA: Penularan penyakit X boleh berasal dari pelbagai sumber termasuk secara zoonotik iaitu jangkitan dari haiwan kepada manusia, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan.
Sebagai penjelasan kepada penyakit X yang menjadi tumpuan banyak pihak sekarang, beliau berkata biarpun ciri-ciri penyakit X masih belum dikenal pasti dan waktu berlakunya penyakit tersebut belum diketahui, pakar kesihatan telah menyuarakan kebimbangan terhadap impaknya.
Beliau berkata kadar penyebaran penyakit X akan semakin meningkat seiring dengan peningkatan kontak manusia dan haiwan ditambah dengan pergerakan manusia merentas negara yang semakin mudah sekarang.
“Berbanding dengan COVID-19 yang kurang menyebabkan kematian, penyakit X dijangka akan mudah tersebar seperti campak dan mungkin mengancam nyawa seperti Ebola,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Penyakit X merupakan nama yang dicipta Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2018 untuk sejenis patogen yang tidak diketahui, dengan potensi untuk menyebabkan wabak di seluruh dunia.
Dr Muhammad Radzi berkata sebagai kesiapsiagaan bagi menghadapi penyakit X, pelan pandemik yang komprehensif, peluasan kempen vaksinasi dan penyediaan peruntukan khas pandemik adalah penting seperti yang disarankan oleh WHO.
“Pendekatan ‘One Health’ yang menekankan hubungan antara manusia, haiwan dan kesihatan alam sekitar adalah komponen yang penting untuk mengeratkan kerjasama antara pelbagai disiplin,” katanya yang turut menekankan penjagaan kesihatan individu merangkumi gaya hidup sihat sebagai pemantapan kesiapsiagaan terhadap penyakit X.
Kementerian Kesihatan (KKM) juga sentiasa bersiap siaga dan berwaspada terhadap kemungkinan munculnya penyakit X berdasarkan pengalaman lalu dalam menangani penyakit seperti COVID-19, virus Nipah, SARS, dan MERS-CoV manakala sistem kesihatan negara juga sentiasa diperkukuhkan sebagai persediaan menghadapi sebarang ancaman kesihatan, katanya.
“Walaupun kemungkinan berlakunya penyakit X perlu diberi perhatian, namun kebimbangan berlebihan perlu dielakkan. Orang ramai sentiasa dinasihatkan supaya mengikuti garis panduan kesihatan, mengamalkan kesihatan yang baik dan sentiasa mendapatkan maklumat terkini tentang perkembangan penyakit ini,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked