Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENUNGGANG MOTOSIKAL MENGAKU TIDAK BERSALAH PUKUL WARGA EMAS

DALAM NEGARA

PENUNGGANG MOTOSIKAL MENGAKU TIDAK BERSALAH PUKUL WARGA EMAS

Penunggang motosikal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini, atas pertuduhan mencederakan warga emas, Ahad lalu.

SHAH ALAM: Penunggang motosikal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini, atas pertuduhan mencederakan warga emas, Ahad lalu.

Tertuduh Muhammad Zulkifli Che Su, 24, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Muhammad Syafiq Sulaiman.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa sengaja menyebabkan kecederaan kepada Zainol Din Hussain di Padang Jawa, pada jam 12 tengah hari, 22 Mei lalu.

Kesalahan tersebut dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Erneetha Kaur mencadangkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan iaitu tidak mengganggu mangsa atau saksi berkaitan kes berkenaan.

Peguam tertuduh, Abi Mursyidin Awal memohon agar anak guamnya dikenakan ikat jamin pada kadar rendah kerana dia hanya bekerja sebagai mekanik serta perlu menanggung ibu bapanya di kampung.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM2,000 dengan syarat tambahan tertuduh tidak boleh mengganggu mangsa atau saksi berkaitan.

Ahad lalu, tular kejadian seorang lelaki tempatan ditahan polis selepas memukul warga emas di tengah jalan raya berhampiran jejantas di Padang Jawa.

Mahkamah menetapkan 13 Julai depan untuk sebutan semula kes.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading