BELLA DALAM KEADAAN BAIK, SIHAT – PEGUAM PEMERHATI TMJ
“Kami amat gembira melihat keadaan adik Bella kerana perhatian bagus telah diberikan. Kami melakukan tanggungjawab pertama iaitu melihat keadaan adik Bella di sini dan langkah seterusnya kita akan memainkan peranan sebagai pasukan peguam pemerhati.
SEREMBAN: Peguam pemerhati dilantik Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam kes melibatkan remaja perempuan sindrom down dikenali sebagai Bella, melawat remaja itu di sebuah rumah kebajikan di sini hari ini.
Mereka ialah Datuk Baljit Singh Sidhu, Datuk Khairul Anwar Rahmat dan Datuk Ikbal Salam.
Baljit berkata lawatan bagi melihat keadaan Bella di pusat jagaan tersebut adalah yang pertama semenjak dilantik sebagai peguam pemerhati.
Beliau berkata Bella dilihat dalam keadaan baik, sihat dan kecederaan yang dialami semakin sembuh.
“Kami amat gembira melihat keadaan adik Bella kerana perhatian bagus telah diberikan. Kami melakukan tanggungjawab pertama iaitu melihat keadaan adik Bella di sini dan langkah seterusnya kita akan memainkan peranan sebagai pasukan peguam pemerhati.
“Kami juga berharap perkara ini dapat diselesaikan dengan segera dengan berlunaskan undang-undang. Namun ini terpulang kepada jadual mahkamah untuk segerakan perkara sebegini,” katanya kepada pemberita.
Pada 20 April lepas Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membenarkan permohonan peguam yang dilantik oleh Tunku Ismail untuk bertindak sebagai peguam pemerhati dalam perbicaraan kes pengasas Rumah Bonda yang didakwa mengabai dan menganiaya Bella.
Kes Bella tular di media sosial tahun lepas, selepas seorang wanita mendakwa remaja perempuan itu disimbah dengan air panas dan diikat ketika berada di bawah jagaan Rumah Bonda, sebuah rumah kebajikan pertubuhan bukan kerajaan.
Susulan itu, Siti Bainun Ahd Razali, 30, didakwa atas pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan berusia 13 tahun itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.
Perbicaraan kes itu bersambung pada 30 Mei ini.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked