BEKALAN AYAM MENTAH MASIH ADA, HARGA JUALAN MENINGKAT AKIBAT PERMINTAAN TINGGI
Stok ayam yang terhad disebabkan permintaan tinggi menyebabkan peniaga terpaksa menamatkan operasi perniagaan lebih awal daripada kelaziman, malah tidak terkecuali berlaku kenaikan harga, susulan permintaan melebihi penawaran.
KUALA LUMPUR: Tiada keperluan untuk pembelian panik memandangkan bekalan ayam mentah sedia ada masih boleh diperoleh di pasaran meskipun bilangannya terhad.
Berdasarkan tinjauan Bernama di seluruh negara, stok ayam yang terhad disebabkan permintaan tinggi menyebabkan peniaga terpaksa menamatkan operasi perniagaan lebih awal daripada kelaziman, malah tidak terkecuali berlaku kenaikan harga, susulan permintaan melebihi penawaran.
Di KUALA LUMPUR, tinjauan Bernama di Pasar Muhibbah Taman Nirwana, Ampang dan Pasar Basah Datuk Keramat mendapati jumlah jualan ayam mentah berkurangan daripada kebiasaan dan para peniaga turut mengakui mereka terpaksa menaikkan harga siling jualan berikutan stok terhad.
Peniaga ayam mentah Hakim Abdul Rashid, 40, berkata tindakan kerajaan melarang eksport ayam ke luar negara bermula 1 Jun adalah sesuatu yang wajar bagi menstabilkan bekalan dan harga ayam mentah di peringkat domestik.
Di KELANTAN, seorang peniaga ayam mentah di Pasar Tok Guru, Pengkalan Chepa, Mohd Syukri Abdullah, 40, yang turut senada berkata tindakan kerajaan membuat larangan eksport ayam itu bukan sahaja dapat memastikan keperluan domestik mencukupi malah mengawal harga ayam mentah daripada terus meningkat.
Sementara itu di SELANGOR, peniaga di Pasar Moden Seksyen 16 Sazali Ramli, 43, berkata di pasar tersebut pembeli terpaksa membuat tempahan sehari lebih awal untuk mendapatkan bahan mentah itu keesokan harinya dan jelasnya itu antara inisiatif yang terpaksa dilakukan oleh lima penjual ayam di premis berkenaan.
Selain itu, rata-rata premis yang ditinjau juga mendapati ayam bersih yang dijual telah habis sekitar pukul 9 pagi.
Pemantauan melalui aplikasi Price Catcher Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mendapati kebanyakan pasar, pasar raya serta kedai runcit di sini menjual ayam bersih standard pada harga terkini RM6.99 sekilogram, namun ada yang menjual hingga RM11 sekilogram.
Tinjauan Bernama di NEGERI SEMBILAN pula mendapati kebanyakan peniaga gerai ayam segar di Pasar Awam Rembau kehabisan stok ayam daging seawal 7.30 pagi, selain pekerja sibuk melakukan kerja-kerja pemotongan ayam untuk pelanggan yang sudah melakukan tempahan awal sehari sebelum jualan.
Peniaga ayam, Ain Raib, 47, berkata dia terpaksa menjual ayam daging kepada pelanggan tetap berbanding pembeli yang datang secara ‘walk in’ dan tidak mengambil tempahan hingga lusa berikutan bekalan ayam diterima adalah sedikit.
Di KEDAH, Pengarah Ayam Bismi Empire Sdn Bhd (Ayam Bismi) Mazlina Kamaruddin yang juga penternak dan pembekal ayam segar berkata permintaan dan penggunaan ayam yang berlebihan semasa Aidilfitri menyebabkan bekalan berkurangan dan pihaknya terpaksa mencatu bekalan ayam kepada pembeli.
Di PERAK, peniaga Rostam Lod, 51, berkata bekalan ayam mentah sejak dua minggu lepas agak sukar diperoleh bagi menampung permintaan terutamanya pada musim perayaan Aidilfitri dan kini hanya dapat menjual 300 ekor berbanding kebiasaan 500 ekor.
Sementara itu di PULAU PINANG, peniaga ayam di Bayan Baru, Mohamad Shafi Yaakop, 27, berkata menurut pembekal dan penternak, masalah bekalan ayam yang berlaku sekarang ini berikutan permintaan tinggi sedangkan ayam tidak cukup di ladang kerana banyak anak ayam mati ketika sedang diternak manakala harga meningkat pula ekoran harga dedak dan jagung yang mahal.
Di TERENGGANU pula, peniaga ayam di Pasar Besar Kedai Payang, Mohd Hafiza Abdul Ghani, 39, berkata keuntungan yang diperoleh terlalu tipis iaitu hanya 50 sen untuk sekilogram ayam ketika ini dan pelanggan memahami situasi sukar yang dihadapi peniaga kini.
Di PAHANG, peniaga di Pasar Besar Kuantan Mohd Radzi Zakaria, 30, berkata sejak kebelakangan ini, dia hanya memperoleh bekalan antara 20 hingga 30 ekor ayam sehari berbanding 150 ekor sehari sebelum ini, menyebabkan bahan mentah itu habis dijual dalam masa singkat.
Berbeza pula keadaan di PERLIS apabila tinjauan Bernama mendapati bekalan ayam dilihat semakin stabil dan mencukupi bagi menampung permintaan pengguna di negeri itu.
Peniaga ayam di Pasar Besar Sena, Amran Shaari, 39, berkata pihaknya tidak lagi mengehadkan pembelian ayam kepada mana-mana pengguna susulan bekalan yang semakin pulih sejak dua hari lepas.
Di JOHOR, tinjauan Bernama di beberapa pasar awam dan pasar raya di Batu Pahat turut mendapati bekalan ayam masih mencukupi, selain harga jualannya berada di bawah paras siling.
Penternak ayam, Rosman Masdar, 52, berkata setakat ini dia tidak mengalami masalah untuk mendapatkan bekalan anak ayam, sebaliknya berdepan dengan kenaikan harga makanan ayam termasuk dedak sehingga memaksanya mengurangkan jumlah ternakan ayam.
Bagaimanapun, Rosman berpandangan kerajaan perlu mengurangkan eksport dan bukannya melarang terus, kerana ia akan mengurangkan pendapatan para penternak.
Isnin lepas, kerajaan mengumumkan untuk menghentikan eksport ayam sebanyak 3.6 juta ekor sebulan bermula 1 Jun ini sehingga harga dan pengeluarannya kembali stabil.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata selain itu, kerajaan turut memutuskan untuk mewujudkan stok penimbal ayam dan mengoptimumkan fasiliti penyimpanan bilik sejuk sedia ada milik Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan agensi.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager