PENYANYI YASIN DIPENJARA SEUMUR HIDUP, 16 KALI SEBATAN
SHAH ALAM: Penyanyi dan komposer Muhammad Yasin Sulaiman atau dikenali sebagai Yasin dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan 16 kali sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan berkaitan dadah.
Penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman (tengah) dihukum penjara seumur hidup dan 16 sebatan oleh Mahkamah Tinggi hari ini. — Bernama
SHAH ALAM: Penyanyi dan komposer Muhammad Yasin Sulaiman atau dikenali sebagai Yasin dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan 16 kali sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan berkaitan dadah.
Hakim Datuk Norsharidah Awang menjatuhkan hukuman itu selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan untuk mengetepikan keputusan melepas dan membebaskan Yasin, 48, oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada 29 Nov 2023.
Pelantun Mimpi Laila itu dihukum penjara lapan tahun dan 10 sebatan untuk kesalahan memiliki dadah jenis kanabis seberat 193.7 gram.
Bagi kesalahan menanam 17 pokok kanabis dalam pasu plastik, Yasin dihukum penjara seumur hidup dan enam sebatan manakala untuk kes memberi dirinya dadah berbahaya, dia dihukum penjara 10 bulan.
Mahkamah memerintahkan hukuman itu berjalan serentak dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 24 Mac 2022.
Sebelum ini, Hakim Mahkamah Sesyen Faiz Dziyauddin pada 29 Nov 2023 melepas dan membebaskan Yasin daripada tiga pertuduhan dadah dan memerintahkan lelaki itu ditempatkan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak selama tempoh yang diperkenankan oleh Sultan Selangor.
Norsharidah dalam penghakimannya berkata Hakim Mahkamah Sesyen Petaling Jaya itu didapati terkhilaf dalam membuat keputusan tersebut.
Beliau berkata persoalan yang timbul adalah sama ada Mahkamah Sesyen boleh membuat dapatan dengan hanya bergantung kepada keterangan saksi pembelaan Pakar Perunding Forensik Psikiatri Hospital Bahagia Ulu Kinta Dr Ian Lloyd Anthony yang dikemukakan pihak pembelaan.
“Dalam kes ini, responden memilih untuk tidak mengemukakan keterangan terhadap dirinya yang tidak sempurna akal di bawah ‘legal insanity’ (tidak sempurna akal menurut undang-undang).
“Justeru, beban untuk membuktikan responden tidak sempurna akal masih terletak pada pembelaan bagi mengemukakan keterangan pakar dan keadaan responden semasa kejadian,” katanya.
Norsharidah berkata keterangan Dr Ian mengesahkan bahawa responden tidak sempurna akal dari sudut perubatan semasa tangkapan namun merujuk kepada saksi-saksi pendakwaan, menunjukkan bahawa Yasin memang dengan sengaja melakukan perbuatan-perbuatan jenayah yang dituduh ke atasnya.
Beliau berkata mahkamah tidak terikat dengan dapatan saksi pakar kerana peranan saksi pakar hanyalah untuk membantu mahkamah membuat keputusan.
Katanya keterangan Dr Ian dan laporan psikiatri semata-mata tidak mencukupi untuk menyokong pembelaan responden sebagai tidak sempurna akal di bawah Seksyen 84 Kanun Keseksaan.
Norsharidah berkata saksi pendakwaan ketujuh pakar bioteknologi tumbuhan Prof Dr S. Sreeramanan memaklumkan responden mempunyai pengetahuan berhubung penanaman ganja.
“Penanaman ganja yang dilakukan responden mengambil masa untuk pokok itu tumbuh membesar menunjukkan responden tidak berada dalam keadaan tidak waras.
“Oleh itu, rayuan oleh perayu (pendakwaan) dibenarkan bagi keputusan di Mahkamah Sesyen dan tertuduh disabitkan bersalah seperti mana pertuduhan pindaan dihadapinya,” katanya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin dan Ahmad Zuhaini Mahamad Amin manakala peguam Ariff Azami Hussein mewakili Yasin.
Penyanyi itu didakwa memberikan dirinya dadah jenis ’11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9-carboxylic acid’ di Pejabat Narkotik IPD Petaling Jaya pada 11.05 malam, 24 Mac 2022.
Dia dituduh mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15(1) akta sama yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.
Yasin juga didakwa memiliki dadah jenis kanabis seberat 193.7 gram dan menanam 17 pokok ganja dalam pasu di kediamannya di Kota Damansara di sini, pada 5.30 petang, tarikh yang sama.
Pertuduhan mengikut Seksyen 6 ADB dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan boleh dikenakan hukuman sebat tidak kurang 10 sebatan, serta Seksyen 6B(1)(a) ADB dan boleh dihukum di bawah Seksyen 6B(3) akta sama, yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan sebat tidak kurang daripada enam sebatan.
Ariff Azami ketika ditemui pemberita di luar mahkamah memaklumkan akan memasukkan notis rayuan berhubung keputusan hakim Mahkamah Tinggi itu esok.
“Keputusan hari ini, kita akur dan hormat dan Mahkamah Tinggi ada hak untuk mengesahkan atau menukar apa-apa keputusan Hakim Mahkamah Sesyen. Kita ada satu lagi lapisan iaitu di Mahkamah Rayuan dan kita akan lawan di peringkat tersebut,” katanya.
Beliau turut berharap rawatan dan perubatan yang telah dijalani anak guamnya sebelum ini dapat diteruskan di Penjara Kajang. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.