PERLEMBAGAAN MADINAH TUNJANG PEMERINTAHAN ISLAM YANG PERLU DIFAHAMI SEMULA – SULTAN NAZRIN
Perlembagaan Madinah merupakan asas pemerintahan Islam yang sangat signifikan dan wajar dikaji sejajar dengan semangat yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.
PUTRAJAYA: Perlembagaan Madinah merupakan asas pemerintahan Islam yang sangat signifikan dan wajar dikaji sejajar dengan semangat yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.
Baginda bertitah penggubalan kedua-dua perlembagaan itu memperlihatkan nilai-nilai perpaduan, keadilan, kerjasama antara pelbagai kaum dan pengiktirafan terhadap kedaulatan undang-undang yang menjadi asas penting pembinaan negara bangsa.
“Senario dan semangat yang terkandung di sebalik penggubalan Perlembagaan Madinah boleh dijadikan kajian perbandingan menarik dengan senario dan semangat yang terkandung di sebalik penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu,” titah baginda ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam (MKI) Malaysia ke-73 di sini hari ini.
Mesyuarat itu turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Timbalan Pengerusi MKI, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan serta wakil-wakil agensi agama seluruh negara.
Sultan Nazrin yang juga Pengerusi MKI bertitah Rasulullah SAW telah memperkenalkan dimensi baharu dalam tadbir urus ketika memimpin kota Madinah, dengan menjadikan prinsip kedaulatan undang-undang sebagai asas pemerintahan melalui penggubalan Perlembagaan Madinah.
Baginda bertitah meskipun umat Islam ketika itu merupakan minoriti di Madinah, mereka mendapat kepercayaan untuk memerintah berasaskan kebijaksanaan Rasulullah SAW yang berjaya merangkai kerjasama dan menyatukan penduduk pelbagai kaum, puak dan agama.
“Negara Islam pertama di Madinah dibangunkan atas dukungan rakyat pelbagai kaum, puak, kabilah serta pegangan agama yang berlainan.
“Tergubal dalam Perlembagaan berkenaan komponen-komponen kesetiaan, kerjasama, toleransi, hormat-menghormati serta jaminan keadilan dan perlindungan saksama kepada setiap penduduk meskipun berlainan agama, kaum, puak dan kabilah,” titah baginda.
Menyentuh konteks tanah air, Sultan Nazrin bertitah Perlembagaan Persekutuan yang digubal ketika kemerdekaan turut mengangkat prinsip yang serupa, berpaksikan pemerintahan berperlembagaan, demokrasi berparlimen dan semangat muafakat antara kaum serta agama.
Baginda turut merakamkan penghargaan terhadap keikhlasan dan kepimpinan generasi terdahulu, khususnya tokoh seperti Almarhum Tunku Abdul Rahman dan rakan pimpinan seangkatan yang berjaya membina negara bangsa atas asas kepercayaan, integriti dan perpaduan.
Sultan Nazrin bertitah terdapat kebimbangan terhadap kecenderungan semasa dalam kalangan umat Islam dan orang Melayu yang semakin mudah terjerumus dalam budaya memecah-belahkan, saling memburuk dan melemahkan sesama sendiri.
“Kini sumber kekuatan ummah dan bangsa kelihatan semakin diruntuhkan berpunca daripada pelbagai kemungkaran umat Islam dan orang Melayu yang pada ketika ini semakin berlumba-lumba untuk mendedahkan kelemahan sesama sendiri, saling melukis wajah siapa yang lebih hodoh, saling menepuk air di dulang untuk terpercik di muka sendiri.
“Jika keadaan ini berlarutan, umat Islam dan orang Melayu tidak lagi memerlukan musuh dari luar untuk memusnahkan kesucian Islam dan mencemarkan maruah bangsa,” titah baginda. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests